CantikKulit

10 Kelebihan Bedak Sejuk Untuk Putih Dan Licinkan Muka

bedak sejuk - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Bedak Sejuk.Petua menggunakan bedak sejuk bukanlah perkara asing bagi masyarakat Melayu. Ini adalah petua turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi.

Masyarakat zaman dahulu sememangnya terkenal dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mendapatkan wajah yang cantik, mulus dan licin. Hingga ke hari ini, bedak sejuk yang diperbuat daripada beras masih terdapat di pasaran.

 

Baca Juga: Kebaikan Serum Wajah

 

Kebaikan Bedak Sejuk

Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan hasil daripada pemakaian bedak sejuk. Malah bedak sejuk ini boleh dipakai oleh perempuan dan juga lelaki. Antara kebaikan bedak sejuk adalah:

  1. Melicinkan kulit muka.
  2. Memberi kesegaran pada kulit.
  3. Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka.
  4. Menanggalkan sel kulit mati.
  5. Membantu menyejukkan kulit.
  6. Membersih dan menegangkan wajah
  7. Membantu pengecutan dan menghilangkan jerawat.
  8. Menyejukkan kulit wajah akibat terkena sinar matahari .
  9. Dapat menyejukkan badan bayi dan juga orang dewasa.
  10. Dapat menyembuhkan sakit ruam, demam atau penyakit lain pada bayi.

 

Cara Membuat Bedak Sejuk

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • Beras yang sudah dibersihkan.
  • Air daun pandan.
  • Bunga melur, bunga tanjung, dan bunga cempaka.
  • Akar-akar dan rempah-ratus seperti jintan hitam,kayu manis, dan kunyit.

 

Baca Juga: Khasiat Kunyit

 

Cara Membuatnya:

1. Rendamkan beras dalam air daun pandan selama 3 hari 3 malam.  Kemudian, taburkan bunga melur, bunga tanjung dan bunga cempaka di dalam rendaman beras untuk mendapatkan aroma yang menyegarkan.

2. Tutupkan bekas rendaman itu dengan kain yang berlubang kecil untuk mengelakkan serangga ataupun binatang kecil masuk.

3. Simpan bekas rendaman itu di tempat yang mudah mendapatkan titisan embun.

4.Akar-akar dan rempah ratus tadi dicampur, ditumbuk, lalu dikeringkan dan ditapis sampai mendapatkan debu halusnya saja.

5.Setelah 3 hari 3 malam, beras akan mengembang dan wangi. Kemudian tumbukkan beras tersebut sehingga halus seperti tepung.

6.Ayak tumbukan beras itu sehingga anda mendapatkan beras yang halus.

7.Campurkan hasil tumbukan beras dengan debu halus akar-akar dan rempah ratus tadi.

8.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran tersebut sebati.

9.Titikkan campuran tersebut membentuk bulatan kecil di atas kain yang bersih.

10. Jemur bulatan kecil itu selama 3 hari sehingga kering.

11. Bedak sejuk yang telah kering itu dapat digunakan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya

<< Ketahui 7 gaya sanggul rambut yang boleh buat anda tampil lebih menawan di sini.

 

 

Previous post

6 Cara Buang Lemak Di Perut Dalam Masa Seminggu!

Next post

3 Panduan Diet 'Confirm' Kurus

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *