CantikKulit

Perlu Tahu! 7 Khasiat Bunga Rose

Bunga Rose - Women Online Magazine

Kredit Foto: wallpoper

Bunga Rose.Sejak zaman dahulu lagi, bunga rose atau mawar dijadikan sebagai lambang cinta terutama rose merah.Di sebalik kecantikan dan keindahan warnanya, ternyata bunga rose ini mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan.

Bagi dunia kecantikan, bunga rose dijadikan sebagai bahan untuk merawat wajah, kulit dan juga rambut. Manakala dalam dunia kesihatan pula, bunga rose adalah ubat untuk beberapa jenis penyakit seperti mencegah penyakit jantung, meredakan masalah selsema, cirit birit, menurunkan kolesterol serta jangkitan saluran kencing.

Berikut adalah antara manfaat dan khasiat daripada bunga rose yang wajib anda ketahui:

  1. Memelihara Kecantikan Rambut

Air rose berkhasiat untuk memelihara kesihatan rambut kerana kaya dengan zat penyejuk semulajadi yang berfungsi sebagai pelembab. Tuangkan beberapa titis air rose ketika anda membasuh rambut dengan syampu pilihan untuk menciptakan aroma wangi pada helai rambut anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan air rose ini setelah bersyampu, titiskan pada rambut yang basah. Kemudian urut lembut untuk membantu pertumbuhan rambut menadi subur. Di samping itu, air rose juga boleh mengatasi peradangan di kulit kepada kerana masalah kelemumur.

 

  1. Menghilangkan Jerawat

Air bunga rose merupakan salah satu bahan pembersih semulajadi yang kaya dengan kandungan zat antioksidan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat di wajah.Bersihkan wajah anda dengan air suam yang sudah dicampur dengan air rose pada setiap pagi. Anda juga boleh membersihkan wajah dengan kapas yang sudah dibasahi air rose.

 

  1. Menyegarkan Tubuh

Bunga rose dapat menjaga kesegaran tubuh seperti mandi lulur di spa yang mengggunakan kelopak bunga rose sebagai media penyejuk tubuh setelah seharian anda melakukan aktiviti di luar rumah.

 

  1. Menjaga Miss V

Perawatan kecantikan tubuh seperti di spa biasanya menggunakan air rose atau air mawar sebagai salah satu bahan utama. Ini adalah kerana bunga rose mempunyai keharuman air rose yang istimewa dan berkhasiat untuk Miss V anda.Cucilah miss V dengan air suam yang telah dicampur dengan air rose secara rutin.

 

  1. Atasi Masalah Mata Penat

Mata penat dan lingkaran gelap di bawah mata boleh anda atasi dengan air rose. Ia bagus digunakan untuk menghilangkan mata merah dan meradang.Titiskan dua atau tiga titis pada mata, kemudian pejamkan mata anda beberapa minit untuk memberikan kesempatan air rose membersihkan mata anda. Lakukan cara ini secara rutin untuk menghindari jangkitan mata lebih parah.

 

Baca Juga: Mata Kering

 

  1. Mencantikan Kulit

Bunga rose memiliki kandungan lemak iaitu asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, sehingga anda dapat memiliki kulit yang sihat, cantik dan lembut. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

 

Baca Juga: Kebaikan Omega 3

 

  1. Mengurangkan Stres

Aroma harum pada bunga rose dapat menghilangkan rasa penat atau stres sehingga tubuh dan fikiran anda kembali relaks dan stres yang sedang menekan boleh anda hadapi dengan tenang.

 

Nota Kaki: Jika suka, SHARE lah artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Ketahui penyebab kulit wajah anda nampak kusam di sini.

Previous post

Dapatkan Seks Hebat Ketika Hamil

Next post

Jom Kita Ke 11 Tempat Menarik di Melaka

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *