Kulit Lebih Halus & Lembut Dengan Khasiat Bunga Lily
Foto: kabarinews
Bunga lily atau nama latinnya, Lilium Candidum L mempunyai bentuk yang sangat cantik dan pelbagai warna serta berbau wangi. Bunga lily putih adalah yang paling popular.
Sungguhpun anda mungkin terpesona dengan kecantikan bunga lily, namun anda harus tahu kelebihan atau manfaatnya yang mungkin selama ini tidak pernah anda ketahui.
Khasiat Bunga Lily
Bunga lily sering digunakan untuk kecantikan. Ekstrak dari bunga lily berguna untuk menjaga kelembaban kulit sekaligus menghaluskan kulit tubuh anda. Ini adalah kerana bunga lily mengandungi ‘polisakarida’, dalam jenis ‘hidrokoloid’ yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Ia boleh menahan kadar air dalam lapisan kulit sehingga kulit tidak kering dan terjaga kelembabannya.
Bunga lily mengandungi zat kimia yang sangat berguna buat tubuh. Kandungan ‘flavonoid’ berfungsi sebagai zat anti oksidan yang mampu menghalang kanser dan membantu regenerasi sel-sel kulit. Selain flavonoid’, bunga lily juga mengandungi ‘karotenoid’ dan ‘saponin’ yang memiliki fungsi yang sama. Zat ‘saponin’ daripada bunga lily sering digunakan untuk kosmetik yang mampu mencegah kanser kulit akibat sinaran matahari.
Bunga lily juga boleh mengubati beberapa penyakit seperti batuk, diare, bisul, asma dan jerawat di wajah.
Bagi anda yang mempunyai bekas atau parut luka, anda boleh cuba menghilangkannya dengan manfaat bunga lily. Ia mampu menyamarkan bekas luka di permukaan kulit anda.
Bunga lily juga mengandungi antioksidan yang boleh meregenerasi kulit sehingga menghindari kulit dari penuaan semulajadi dan menjadikan kulit halus dan lembut.
<< Ketahui lebih lanjut khasiat ekstrak Lily Madonna yang mampu tingkatkan kejelitaan anda di sini.
No Comment