4 Tips Hilangkan Sakit Ketika Datang Haid
Kredit Foto: msnbcmedia
Datang Haidd.Rasa ngilu ketika datang haid memang sangat menganggu aktiviti seharian ramai wanita.
‘Prostaglandin’ adalah hormon yang menyebabkan otot-otot rahim berkontraksi. Terjadinya kontraksi otot rahim akibat peningkatan ‘prostaglandin’ akan merangsang rasa ngilu di saat datang haid dan ini merupakan penyebab utama terjadinya ngilu haid pada kaum wanita.
Ngilu haid juga dapat dipengaruhi oleh faktor hormon, psikologi, dan kecemasan yang berlebihan. Meskipun begitu, jika anda termasuk golongan wanita yang sudah kahwin, tetapi masih juga merasakan ngilu haid hebat lebih daripada tiga hari selama masa haid, ada baiknya anda berjumpa dengan doktor untuk memastikan tidak ada kelainan atau penyebab lain.
Penyebab Rasa Ngilu Haid
Ngilu haid merupakan suatu gejala dan bukan suatu penyakit. Ngilu haid dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ngilu haid primer dan ngilu haid sekunder. Rangsangan ngilu haid yang berlebihan umumnya terjadi pada mereka yang ‘stres’ dalam bekerja.
Ngilu haid primer lebih disebabkan oleh adanya ketidakseimbangan hormon, sedangkan ngilu haid sekunder ditandai dengan adanya kelainan organ dalam pelvis dan harus dilakukan pemeriksaan perubatan. Penyebab ngilu haid sekunder antara lain adalah peradangan saluran telur (salphyngitis chronica), adanya kemungkinan mengidap ‘endometriosis’, ‘mioma’, atau penyumbatan leher rahim (stenosis cervicis uteri).
Untuk memastikan penyebab yang pasti dari ngilu haid sekunder, perlu dilakukan pemeriksaan perubatan secara terperinci. Selain dengan pemeriksaan kandungan, juga perlu dilakukan USG, biakan kuman, atau ‘laparoskopi’, iaitu pemeriksaan dengan cara meneropong secara langsung ruang perut bahagian kandungan.
Baca Juga: Bahaya Sakit Perut Sebelah Kiri
Wanita yang mengidap ‘ endometriosis’, iaitu tumbuhnya lapisan rahim di tempat lain dalam tubuh atau di luar dinding rahim (endometrium), kesakitan yang utamanya adalah rasa ngilu setiap kali datang haid. Pada tumor rahim ‘mioma’ , selain terasa berat dan membesar di perut bawah, keluhan ngilu disertai dengan haid yang berlebihan.
Wanita yang mengalami gejala ngilu haid sebenarnya cukup bergantung pada ada atau tidak kelainan. Namun, secara perubatan dapat dilakukan dengan rawatan hormon, iaitu dengan pemberian ‘estrogen’ atau ‘progesteron’. Sedangkan terapi semulajadi dapat dilakukan dengan memberikan vitamin atau suplemen semula jadi, seperti ‘fitoestrogen’ yang banyak terkandung dalam kacang soya, tahu, dan tempe. Selain itu, setiap wanita juga harus menjalankan pola hidup sihat, menjaga makanan dengan gizi yang seimbang, olahraga teratur, cukup istirahat, stres, serta pemeriksaan kesihatan.
Tips Hilangkan Rasa Sakit Ketika Datang Haid
Kebanyakan gadis atau wanita sering mengalami rasa kejang pada bahagian bawah perut sewaktu datang haid. Kadangkala rasa kejang tersebut diikuti dengan rasa mual dan rasa seperti ingin muntah.
Kaedah berikut boleh membantu anda mengurangi rasa sakit ketika datang haid:
- Berbaringlah dan gosok perut bahagian bawah (di bawah pusat) dengan gerakan mengikut kitaran jam selama 15 minit.
- Berbaring dan gosok kedua-dua tangan anda sehingga terasa sedikit hangat. Letakkan telapak tangan yang hangat tersebut di perut bagian bawah, tepat di bawah bahagian pusat anda. Urut ke atas dan ke bawah lalu ke kiri dan ke kanan. Kemudian gosok mengikut arah pusingan jam. Lakukan kaedah ini dengan menggunakan kedua-dua tangan anda secara bergantian selama 15 minit.
- Cuba elakkan dari melakukan senaman berat dan jauhi makanan yang mengandungi garam yang tinggi dan perencah-perencah makanan segera.
- Tidur dan dapatkan rehat yang cukup.
Info Ekstra!
Biasanya wanita yang mengalami rasa ngilu atau sakit ketika datang haid disebabkan oleh rendahnya kandungan magnesium dan kalsium dalam tubuh. Kekurangan tersebut mengakibatkan migraine dan turut mempengaruhi mood anda. Cuba atasi sindrom datang haid ini dengan langkah yang tepat!
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui tips macam mana nak elak ‘period' bocor di sini.
No Comment