CantikDiet

Mesti Cuba! Petua Kuruskan Badan Dengan Limau Nipis

Petua kuruskan badan dengan limau nipis - woman online magazine

Kredit : freshfruitportal

Limau nipis sememangnya mempunyai sejuta khasiat di sebalik rasanya yang unik. Selain bermanfaat untuk kesihatan kulit, limau nipis juga merupakan salah satu jenis buah yang boleh anda nikmati dalam bentuk minuman yang sihat.

 

Pelbagai khasiat yang terdapat di dalam limau nipis terutama vitamin C dan serat cukup memberikan efek positif bagi orang yang sedang diet. Ternyata petua kuruskan badan dengan limau nipis ini akan membantu anda memberikan rasa kenyang yang lama dan membuatkan membuat proses penurunan berat badan anda lebih efektif. Bagi sebahagian orang, menurunkan berat badan adalah perkara yang paling sukar dilakukan.Biasanya mereka akan mencuba banyak diet dan kombinasi makanan, namun tidak ramai yang berjaya menurunkannya.

Jadi, bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, cubalah petua kuruskan badan dengan limau nipis. Anda perlu minum air limau nipis suam ini, dua kali sehari pada pagi hari dan di malam hari sebelum tidur untuk mendapatkan manfaatnya secara maksimum sehingga petua kuruskan badan dengan limau nipis ini berhasil. Namun, anda perlu mengimbangi program diet sihat dengan limau nipis ini dengan lebih banyak meminum air putih bagi membantu mempercepatkan pembakaran kalori di dalam tubuh. Di samping itu, usahakan untuk tetap aktif pada setiap hari dengan bersenam paling kurang 20 minit sehari serta mengatur pola makan anda. Air limau nipis suam ini elok diamalkan pengambilannya pada setiap hari kerana tidak mengandungi efek samping. Namun, bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan khusunya di perut, elok mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda ingin mengamalkan petua kuruskan badan dengan limau nipis ini.

Cara Membuat Air Limau Nipis Untuk Menurunkan Berat Badan

Bahan Yang Diperlukan:

  • Dua sudu teh perahan air limau nipis (1/2 biji limau nipis)
  • Segelas air panas suam
  • Satu Sudu Teh Madu

Cara Membuatnya:

Campur ke semua bahan menjadi minuman limau nipis panas suam.Jika anda inginkan kesegaran air limau nipis ini lebih awet dan kandungan vitamin C yang terkandung di dalamnya lebih tahan lama, anda disarankan menggunakan campuran air sejuk.Sudah pasti ianya sangat menyegarkan, apatah lagi jika anda meminumnya pada siang hari yang panas terik.Anda juga disarankan untuk segera meminum air limau nipis ini setelah siap disediakan.Tetapi jika anda ingin kesegaran air limau nipis ini lebih awet dan kandungan vitamin C yang terkandung di dalamnya lebih tahan lama, anda disarankan untuk menggunakan campuran air sejuk. Tentulah sangat menyegarkan, apatah lagi  kalau anda meminumnya dalam keadaan cuaca panas terik.

Tips Ekstra!

Jika anda ingin mendapatkan hasil petua kuruskan badan dengan limau nipis yang lebih maksimum, lebih baik anda segera habiskan minuman tersebut supaya khasiat yang terkandung di dalamnya lebih sempurna untuk diet anda.

<< Ketahui cara mendapatkan berat badan ideal dengan beberapa jenis makanan sihat di sini.

 

Previous post

Buah-Buahan Untuk Ibu Mengandung Yang Bagus Bagi Perkembangan Janin

Next post

Ketahui Bahaya Yang Menanti Anda Yang Berperut Buncit!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *