Kutu Kelamin Boleh Buat Kemaluan Anda Jadi Gatal
Kredit Foto:playbuzz
Kutu Kelamin. Percaya atau tidak, kutu kelamin boleh menyerang sesiapa sahaja!
Tak kira tua, muda mahupun remaja. Khususnya remaja yang aktif secara seksual, baik wanita mahupun lelaki.Hanya kebersihan sahaja yang boleh mencegah kutu kelamin daripada menetap di kawasan alat sulit.
Apabila diserang kutu ini tentulah anda berasa tidak selesa. Bahkan, laju sahaja tangan anda bergerak untuk menggaruk bahagian tersebut. ‘Pediculosis Pubic’ atau Pubic Lice atau Kutu Pubic adalah serangga parasit penghisap darah yang hidup di sekitar kelamin, dan manusia adalah satu-satunya tuan rumah keepada parasit ini.
Ketahui Penyebab Dan Penularan Kutu Kelamin
1.Sumber infeksi kutu kelamin adalah melalui hubungan intim dengan mereka yang terkena infeksi.
2.Disebab penularan tersebut terjadi sepanjang hubungan intim, hubungan seksual sebenarnya tidak diperlukan bagi penyebaran kutu kelamin ini.
3. Kutu ini tidak melompat atau terbang. Ini bermakna ia terjadi melalui hubungan sentuhan atau perkongsian, seperti melalui tuala, cadar, seluar dalam dan sebagainya.
Baca Juga: Rahsia Seks Hebat
4.Kucing atau hiawan peliharaan lain, tidak terlibat dalam penyebaran kutu manusia ini.
Gejala Kutu Kelamin
–Gatal dan melepuh di sekitar kawasan kemaluan.
-Gatal boleh menyebar kerana kutu kelamin bergerak ke kawasan-kawasan basah yang lain, daripada tubuh seperti ketiak.
-Rasa gatal akan menjadi lebih parah atau terik pada malam hari.
-Apabila anda menggaruknya tanpa henti ia boleh menyebabkan kulit terluka dan infeksi bakteria terjadi.
-Rasa seperti mahu demam, rasa perit ketika membuang air kecil atau keluarnya cairan kelamin.
Nota Kaki:
Jika gejala-gejala awal sudah anda menunjukkan bahagian kemaluan anda dijangkiti kutu kelamin, apa yang perlu anda lakukan ialah mencuci bulu-bulu kemaluan tersebut. Lakukan selama lima minit dan bilas.
Baca Juga: Penyebab Vagina Longgar
Setelah dibilas, gunakan sikat halus atau sikat kutu yang dapat menghilangkan telur kutu. Gunting bulu kemaluan untuk mengurangi jumlah kutu dan teluar dari kutu kelamin ini.
Nota Kaki: Anda boleh SHARE artikel ini ya!
<< Jom ketahui 11 tanda awal kehamilan disini..
No Comment