CantikKulit

5 Manfaat Petroleum Jelly

petrolleum jelly - woman online magazine

Kredit Foto : natural-homeremedies

Manfaat Petroleum Jelly. Anda pernah dengar tak, petroleum jelly? Ia adalah pelembab dari campuran antara mineral oil, paraffin dan hidrokarbon yang digabung menjadi satu dalam bentuk gel berwarna putih bening.


Biasanya orang menggunakan petroleum jelly ini untuk melembabkan bibir dan menghaluskan kulit pecah-pecah. Ada juga yang menggunakannya untuk menyembuhkan kulit bayi yang merah akibat ruam panas. Jika anda memiliki bibir yang sering mengelupas, cara terbaik untuk mengatasinya adalah amengaplikasikan petroleum jelly secara nipis-nipis di bibir Anda.

 

Baca Juga: Khasiat Putih Telur

 

Dikutip daripada pelbagai sumber, berikut berberapa manfaat lain petroleum jelly. Antaranya:

  1. Menjadikan Minyak Wangi Tahan Lama

Sapukan petroleum jelly di belakang pergelangan tangan, belakang telinga, tengkuk dan lipatan siku sebelum anda menyembur minyak wangi kegemaran adna. Hasilnya bau minyak wangi anda itu akan tahan lebih lama.

 

  1. Melentikkan Bulu Mata

Jika anda tidak sempat menggunakan penyepit bulu mata atau tidak suka menggunakannya, anda boleh gunakan manfaat petroleum jelly ini. Sebelum anda tidur, ambil petroleum jelly ini secukupnya, gosokkan di antara jari telunjuk dan ibu jari.Sapukan pada helaian bulu mata anda secara horizontal, mulakan dari bahagian akar hingga hujungnya. Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

 

  1. Melembutkan Tangan Dan Tumit Kaki Yang Pecah-Pecah

Jika anda mengalami masalah tangan kering dan kaki yang pecah-pecah dan tangan yang kering, anda perlu menyapu petroleum jelly secara rutin. Ia bermanfaat untuk melembutkan tangan yang kering dan tumit kaki yang pecah-pecah.

 

  1. Menanggalkan Kesan-Kesan Mekap

Petroleum jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover. Caranya sama sahaja seperti anda  menggunakan make-up remover yang lain. Petroleum jelly menanggalkan sisa-sisa dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit wajah anda.

Menggunakan petroleum jelly lebih baik daripada anda menggunakan baby oil ataupun minyak zaitun ketika membersihkan kulit wajah daripada mekap waterproof. Penggunaan petroleum jelly ini disarankan untuk anda yang memiliki kulit kering dan kulit sensitif.

 

  1. Mencegah Garis-Garis Halus Di Sekitar Mata

Jika anda rajin menggunakan petroleum jelly di kawaasan kulit mata anda, anda akan terhindar daripada penuaan semulajadi. Petroleum jelly sangat bermanfaat untuk memerangi garis-garis halus dan kulit kering. Cubalah pakai nipis-nipis pada kawasan mata pada setiap hari sebelum tidur dan rasakan perubahannya.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui kebaikan apabila anda suka makan epal merah di sini.

Previous post

6 Tanda Kolesterol Tinggi

Next post

11 Tempat Bercuti Di Sabah Yang Rugi Kalau Tak Dikunjungi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *