CantikKulit

5 Manfaat Susu Yang Boleh Buat Anda Sentiasa Awet Muda

manfaat susu - woman online magazine

Kredit Foto: lighthouse

Manfaat Susu. Selain sedap untuk diminum dan bagus untuk kesihatan tulang serta tubuh, ternyata susu juga boleh diaplikasikan untuk kulit agar kecantikannya tetap terjaga.Jelas membuktikan, banyak manfaat susu ini!

Ada beberapa cara agar kulit anda lebih cantik dan lembab dengan manfaa susu:

  1. Menghaluskan Kulit

Susu mempunyai sifat lembut dan dapat membuat kulit menjadi lebih kenyal serta lebih cantik. Anda boleh cuba untuk melakukan mandi susu.Paling kurang, dua minggu sekali untuk mendapatkan kulit yang halus.

 

  1. Memutihkan Kulit

Manfaat susu yang seterusnya buat kulit adalah memutihkan kulit. Mandi susu boleh membuatkan kulit tubuh menjadi putih dan cerah. Anda boleh mencampurkan lemon ke dalam susu agar kesannya lebih mengagumkan. Susu yang dicampur dengan madu pun boleh menjadi masker wajah untuk membantu mendapatkan kulit wajah yang bersinar.

 

Baca Juga: Cara Menghilangkan Daki

 

  1. Mengangkat Sel-Sel Kulit Mati

Untuk mengangkat sel kulit mati, anda boleh mencampurkan serbuk almond atau oatmeal ke dalam susu yang kemudian berfungsi sebagai skrub. Lakukannya, paling kurang dua kali seminggu untuk mendapat manfaat susu yang mampu mengangkat sel kulit mati pada tubuh.

 

  1. Mencegah Penuaan

Manfaat susu untuk mengatasi masalah garis-garis halus atau kedutan di beberapa bahagian tubuh memang tiada tandingannya. Anda boleh menggunakan manfaat susu, campurkan susu dengan pisang yang sudah dilenyek halus. Kemudian sapukan pada kulit yang berkedut atau mempunyai garis-garis halus. Lakukan dua kali seminggu selama 15 minit.

 

  1. Menegangkan Pori-Pori

Ternyata manfaat susu untuk kulit cukup hebat, susu dapat membantu menegangkan pori-pori besar pada kulit dengan mudah.Ambil kapas dan bentukkannya menjadi bulat, kemudian rendam ke dalam susu. Setelah itu, sapukan pada kulit yang memiliki pori-pori besar setidaknya tiga kali seminggu selama 20 minit,Untuk hasil yang lebih baik, anda boleh menambahkan madu asli ke dalam susu.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui khasiat jus lemon untuk kecantikan kulit anda di sini.

 

Previous post

4 Tips Hilangkan Sakit Ketika Datang Haid

Next post

Mesti Baca! Tips Penampilan Warna Mengikut Hari

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *