CantikKulit

Ketahui Cara Mudah Memutihkan Lutut Yang Hitam

cara memutihkan lutut - woman online magazine

Kredit : klimg

Cuba jenguk lutut anda, adakah ia putih bersih atau hitam gelap? Jika Hitam Gelap Sudah Pasti Anda Mahu Tahu Cara Memutihkan Lutut?

Bagi anda yang mempunyai lutut hitam, boleh cuba beberapa tips untuk memutihkannya dengan menggunakan bahan semulajadi ini. Tahukan anda punca utama yang membuatkan lutut hitam adalah kerana disebabkan kulit kering dan geselan.

Berikut cara memutihkan lutut. Antaranya:

 

1. Lemon & Madu

Buah lemon juga boleh anda gunakan untuk memutihkan lutut. Campurkan air perahan lemon dengan madu kemudian sapukan pada bahagian lutut secara merata. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.

 

2. Minyak Zaitun

Salah satu penyebab lutut hitam adalah kerana kulit yang kering. Oleh sebab itu, anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembabkan bahagian kulit lutut yang kering. Lakukan pada malam hari sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

 

3. Bawang Merah & Bawang Putih 

Cara yang tidak kurang hebatnya untuk memutihkan lutut yang hitam. Kisar atau parut sebiji bawang merah dan putih. Kemudian sapukan pada kulit lutut secara merata dan gosokkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

 

4. Almond & Yogurt

Kedua-dua bahan ini cukup efektif untuk merawat kulit termasuk memutihkan lutut. Ambil 10 biji almond, kisar halus kemudian masukan dua sudu makan yogurt.Kacau sehingga menjadi pasta. Kemudian bolehlah disapu secara merata di lutut dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

 

5. Skrub Oatmeal

Skrub Oatmeal juga boleh merawat kulit agar nampak lebih cerah, begitu juga dengan bahagian lutut yang hitam. Ambil dua sudu makan serbuk oatmeal yang telah dicampur dengn satu sudu teh krim segar atau madu. Kemudian sapukannya pada lutut dan biarkan selama dua minit sebelum dicuci bersih.

<< Ketahui cara berkesan menghilangkan bulu ketiak di sini.

 

Previous post

Kebaikan Air Soya Buat Ibu Mengandung

Next post

Cara Terbaik Menjaga Payudara

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *