Ketahui Menu Hari Raya Yang Boleh Buat Kita Gemuk
Foto: gambar hiasan
Menu Hari Raya.Semua juadah cukup memukau selera.Adakalanya, perut terasa seperti sudah kenyang, namun keinginan untuk merasa hidang cukup membuak-buak.
Apatah lagi, jika dalam bulan puasa.Setelah sebulan, lebih 12 jam perut anda kosong tanpa sebarang makanan dan tentunya tubuh perlukan penyesuaian untuk kembali kepada pemakanan yang normal. Disebabkan banyak makan dan anda mungkin makan tanpa henti, tentu sahaja ia membuatkan tubuh anda jadi ‘terkejut’. Makanan yang masuk secara berlebihan dan tidak dihadamkan secara baik boleh menimbulkan sakit perut seperti kembung ataupun diare.
Baca Juga: Cara Mengatasi Perut Kembung
Bukan anda tidak boleh menjamah makanan seperti biasa, tetapi sebaiknya anda biarkan saluran penghadaman anda secara perlahan-lahan menyesuaikan kembali pola pemakanan anda yang biasa. Saluran penghadaman juga memerlukan waktu untuk membiasakan diri menghasilkan enzim-enzim yang diperlukan untuk menghadamkan makanan yang sesuai dengan keperluannya.
Memang sukar untuk menolak segala menu di rumah terbuka Hari Raya. Tak kiralah Hari Raya Puasa ataupun Hari Raya Haji. Tambahan pula apabila disajikan dengan pelbagai makanan yang sedap dan cukup membuka selera. Jika tidak mahu berat badan anda terus meningkat naik, anda perlu lebih bijak mengawal pemakanan. Anda perlu lebih peka untuk memilih menu hari raya tersebut. Pastikan menunya tidak merosakan kesihatan serta membuatkan anda jadi bertambah gemuk!
Biasanya menu di rumah terbuka Hari Raya ini tinggi kalorinya. Kebanyakannya terdiri daripada makanan bersantan, berlemak, berminyak dan bergula. Jika anda sukar untuk menolak kenikmatan ini, ada baiknya anda cuba mengawal jumlah pengambilannya.
Baca Juga: Fungsi Lemak Buat Tubuh
Take Note!
- Sekiranya anda ingin menghadiri rumah terbuka yang lebih daripada dua buah rumah, sebaiknya anda sudah membuat perancangan awal tentang pengambilan kalori tersebut. Bagi menghormati tuan rumah, tentu sahaja anda tidak mampu untuk menolak pelawaan mereka untuk menjamah pelbagai hidangan tersebut. Namun, itu tidak bermakna anda harus ‘membedal’ semua makanan tersebut. Sebaliknya, jamahlah hidangan raya itu seadanya sikit-sikit pada setiap rumah.
Baca Juga: Ketahui Jenis Sayur Untuk Kurus
- Jika anda berjaya menurunkan berat badan sepanjang bulan puasa yang lalu, anda wajar mempertahankannya. Jangan rosakkan bentuk tubuh anda yang ideal itu semata-mata tidak tahan untuk mengawal godaan makanan yang enak, yang mana kesudahannya akan membuatkan anda kembali stress.
- Buang segala dorongan untuk ‘balas dendam’ dengan menikmati makanan yang enak-enak sepuasnya .Sebaliknya, makan biarlah berpada-pada dan jangan berlebihan. Hindari kombinasi makanan dan minuman yang manis. Contohnya,muffin dengan cappuccino. Ia boleh mencapai 500 kalori.
- Biarpun ligat menghadiri rumah terbuka ataupun mengadakan rumah terbuka, anda tetap juga perlu bersenam secara teratur serta menjauhi segala jenis makanan berkalori tinggi. Sebaiknya, pilih lauk-pauk yang direbus ataupun dikukus. Ganti nasi putih dengan beras merah atau roti gandum. Anda juga digalakkan memperbanyakan pengambilan sayuran dan buah-buahan segar.
Baca Juga: Khasiat Beras Merah
- Jika anda yang menjadi tuan rumah, cuba seimbangkan menu rumah terbuka Hari Raya yang anda adakan itu dengan makanan yang berkalori rendah. Selain itu, pastikan juga buah-buahan yang dihidangkan dalam keadaan segar. Jika suka, boleh juga jika anda menyediakan puding buah-buahan, tapi minimumkan jumlah gulanya.Biar manis-manis buah!
- Jika selama ini anda suka menghidang minuman berkarbonat atau sirap yang tinggi gulanya, apa kata tukar menu minuman anda dengan jus buah tanpa gula.
Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!
<< Ingin tahu cara menurunkan kadar kolesterol dengan cepat? Baca di sini.
No Comment