Wajib Cuba! Langkah Mudah Merawat Kulit Wajah Sebelum Tidur
Foto: zonakeren
Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat, bukan sekadar menjaga atau merawat kulit wajah pada siang hari sahaja. Sebaliknya merawat kulit wajah pada malam hari sebelum tidur juga sama pentingnya!
Namun, ramai orang malas dan sering mengabaikan penjagaan kulit wajah pada malam hari sedangkan pada waktu malam itulah regenerasi kulit menjadi lebih aktif di bandingkan pada siang hari.Merawat kulit wajah sebelum tidur dilakukan untuk menghindarkan diri dari jerawat atau bintik-bintik hitam Dengan rutin membersihkan kulit sebelum tidur pada malam hari, anda bukan sahaja memiliki kulit wajah yang cantik, malahan sihat.
Merawat kulit wajah sebelum tidur yang betul dan tepat boleh anda cuba lakukan sendiri di rumah.Caranya cukup mudah.Bersihkan wajah secara rutin sebelum tidur akan menghindarkan anda dari jerawat.Segala kotoran yang melekat pada wajah menyebabkan pertumbuhan jerawat serta bintik-bintik hitam di wajah.
Berikut tips yang harus dilakukan dalam merawat kulit wajah sebelum tidur
Gunakan Cleansing Milk Atau Make Up Remover
Sebelum tidur pastikan anda membersihkan wajah supaya segala kekotoran atau sisa make up terhapus. Sebaiknya gunakan cleansing milk atau make up remover.Gunakan kapas untuk membersihkan kotoran tersebut.
Gunakan Facial Foam Atau Cleanser
Setelah anda membersihkan wajah dengan menggunakan cleansing milk atau make up remover, barulah gunakan facial foam atau cleanser. Basah seluruh wajah, gunakan facial foam atau cleanser kemudian urutlah lembut wajah anda. Setelah selesai, bersihkanlah wajah dengan air bersih.
Guna Air Suam
Sebelum membersihkan wajah anda disarankan menggunakan air suam untuk membasuh wajah anda terlebih dahulu. Kemudian barulah bersihkan wajah dengan facial foam atau cleanser. Air suam dipercayai dapat membuka pori-pori sehingga kandungan yang ada dalam produk pembersih tersebut akan meresap dan kotoran akan tertanggal dengan sempurna.
Setelah menggunakan air suam ketika membersihkan wajah bagi menutup kembali pori-pori wajah, anda sebaiknya menggunakan toner sebagai penyejuknya. Toner selain dapat menutup pori-pori wajah, ia juga dapat menyegarkan wajah anda serta membersihkan sisa kotoran atau make up yang masih tertinggal di wajah.
Jika anda memiliki jenis kulit yang kering, penggunaa moisturizer ini sangat digalakkan untuk melembabkan kulit wajah.Pelembab boleh digunakan sesuai dengan keperluan, tetapi tidak disarankan untuk anda yang memiliki kulit sensitif.
Penggunaan vitamin atau serum biasanya dilakukan pada siang hari. Namun, jika anda ingin menggunakannya pada malam hari, ia tidak menjadi masalah. Bahkan bagus untuk wajah anda.
Penggunaan masker ini tidak digalakan pada setiap hari, memadai sekali dalam seminggu. Anda disarankan menggunakan masker semulajadi, meskipun cara kerjanya lambat atau bertahap tetapi sangat minimum risiko efek sampingannya.
Pastikan krim malam yang anda gunakan itu sesuai dengan jenis kulit anda. Pada usia 20 tahun ke atas sebaiknya gunakan krim malam yang mengandungi ‘retinoid acid' atau ‘whitening' kerana pada usia sebegini, kulit masih segar dan belum timbul kedutan.Pada usia 30-40 tahun, tanda-tanda penuaan atau kedutan mlula timbul, jadi anda perlu menggunakan krim yang mengandungi anti-aging penuaan. Dalam memilih krim malam, anda harus pastikan bahwa krim yang anda gunakan tidak mengandung merkuri atau zat kimia yang berbahaya
Rahsia Kecantikan Selebriti Hollywood
Ingin tahu bagaimana selebriti Hollywood ini menjaga kecantikannya? Ternyata mereka mempunyai rutin kecantikan sebelum tidur supaya wajah dan tubuh mereka nampak segar ketika bangun di keesokan paginya.
- Kim Kardashian
Tak ingin wajah cepat berkedut? Jom, ikut cara Kim Kardashian! Dia menggunakan bantal satin untuk tidur.Bantal satin dikatakan sangat membantu wajahnya agar tidak cepat berkedut.
- Leighton Meester
Biar sepenat manapun, bintang siri ‘Gossip Girl’ ini mesti mandi setiapkali sebelum masuk tidur. Dia akan berusaha menyempatkan dirinya untuk mandi walaupun hari sudah larut malam. Mandi dalam suasana yang romantik (nyalakan lilin dan memutar muzik) membuatkannya berasa lebih relaks.
- Taylor Swift
Selebriti cantik dan berbakat ini tidak pernah lupa membersihkan wajah dari sisa-sisa kotoran make up pada setiap malam. Selain itu, Taylor juga selalu memakai pelembab wajah atau krim malam.
<< Ketahui cara selamat dan mudah untuk putihkan kulit di sini.
No Comment