CantikDietSihat

6 Cara Motivasi Anak Diet Untuk Kurus

 Anak anda tergolong dalam kategori mereka yang kelebihan berat badan ataupun obesiti? Ketahui tips dan cara motivasi anak diet untuk kurus di sini…   Kelebihan berat badan ataupun obesiti  ini bukan sahaja terjadi pada orang dewasa ataupun golongan tua, bahkan bayi dan kanak-kanak pun boleh terkena. Anak yang gemuk belum tentu sihat, dan anak yang sihat itu tidak semestinya harus gemuk!   Sejak bayi lagi anak anda sudah ‘chubby’, ia berlanjutan sehingga dia masuk sekolah. Ini bermakna anak anda perlu berdiet. Bayangkan jika obesiti ini berlarutan sehingga dia remaja. Sudah pasti ia dapat mengurangkan keyakinan diri dalam pergaulan.  Lagipun kelebihan berat badan atau obesiti akan meningkatkan risiko pelbagai gangguan metabolism seperti diabetis dan tekanan darah tinggi serta penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok.   Jika anak anda memiliki kelebihan berat badan atau obesiti, anda harus gigih membantu dan memotivasikan anak anda untuk menurunkan berat badannya.  Berikut beberapa tips dan cara mendorong anak anda diet untuk kurus ataupun menurunkan berat badannya.  1.	Berikan Gambaran Jelas Tentang Risiko Kelebihan Berat Badan Biasanya anak-anak ini belum menyedari apa kaitan kelebihan berat badan dengan risiko penyakit. Sebagai ibubapa, anda perlu berikan penjelasan yang betul tentang berapa contoh penyakit yang mungkin terpaksa ditanggung oleh orang yang kelebihan berat badan.  2.	Beritahu Tentang Pemilihan Makanan Sihat Berikan contoh-contoh terbaik tentang jenis-jenis makanan yang berpotensi membuatnya gemuk. Terangkan juga tentang makanan yang baik bagi anak diet untuk kurus atau menurunkan berat badan tanpa perlu mengurangi keperluan nutrisi harian anak.  3.	Dorong Anak Melakukan Aktiviti Fizikal Ajak anak melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, seperti berkebun dan membersihkan rumah. Tawarkan mainan yang mengundang semangat anak untuk aktif seperti berbasikal, roller blade, bermain badminton dan futsal. Biarkan anak mempunyai waktu untuk bermain bersama kawan-kawannya.  4.	Ajak Anak Bersenam Bersenam adalah baik untuk semua orang. Jadi, ajak anak anda melakukan senaman bersama bagi meningkatkan motivasi anak bersenam. Di samping itu ia juga boleh membentuk teladan aktiviti yang bermanfaat bagi kesihatan. Biasanya, anak akan lebih mudah menuruti saranan jika ada yang memberikan contoh terbaik buatnya.  5.	Tingkatkan Pengetahuan Anak Tentang Kesihatan Berjumpa dengan pakar atau doktor adalah cara terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan nasihat secara perubatan. Anak cenderung lebih mempercayai dan patuh pada nasihat doktor.  6.	Sediakan Alat Penimbang Berat Badan Di Rumah Menyediakan alat penimbang berat badan boleh membantu memotivasikan usaha anak yang ingin menurunkan berat badan. Biarkan baru turun sedikit, namun ia tetap boleh mempengaruhi keyakinan anak bahawa diet untuk kurus itu mampu dilakukan!

Anak anda tergolong dalam kategori  kelebihan berat badan ataupun obesiti? Ketahui 6 cara motivasi anak diet untuk kurus di sini…

Kelebihan berat badan ataupun obesiti  ini bukan sahaja terjadi pada orang dewasa ataupun golongan tua, bahkan bayi dan kanak-kanak pun boleh terkena. kanak pun boleh terkena. Anak yang gemuk belum tentu sihat, dan anak yang sihat itu tidak semestinya harus gemuk! Sejak bayi lagi anak anda sudah ‘chubby’, ia berlanjutan sehingga dia masuk sekolah. Ini bermakna anak anda perlu berdiet. Bayangkan jika obesiti ini berlarutan sehingga dia remaja. Sudah pasti ia dapat mengurangkan keyakinan diri dalam pergaulan.

Lagipun kelebihan berat badan atau obesiti akan meningkatkan risiko pelbagai gangguan metabolism seperti diabetis dan tekanan darah tinggi serta penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jika anak anda memiliki kelebihan berat badan atau obesiti, anda harus gigih membantu dan memotivasikan anak anda untuk menurunkan berat badannya.

 

Berikut beberapa tips dan cara mendorong anak anda diet untuk kurus ataupun menurunkan berat badannya

1.  Berikan Gambaran Jelas Tentang Risiko Kelebihan Berat Badan

Biasanya anak-anak ini belum menyedari apa kaitan kelebihan berat badan dengan risiko penyakit. Sebagai ibubapa, anda perlu berikan penjelasan yang betul tentang berapa contoh penyakit yang mungkin terpaksa ditanggung oleh orang yang kelebihan berat badan.

2.  Beritahu Tentang Pemilihan  Dan Pengambilan Makanan Sihat

Berikan contoh-contoh terbaik tentang jenis-jenis makanan yang berpotensi membuatnya gemuk. Terangkan juga tentang makanan yang baik bagi anak diet untuk kurus atau menurunkan berat badan tanpa perlu mengurangi keperluan atau pengambilan  nutrisi harian anak.

3.  Dorong Anak Melakukan Aktiviti Fizikal

Ajak anak melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh, seperti berkebun dan membersihkan rumah. Tawarkan mainan yang mengundang semangat anak untuk aktif seperti berbasikal, roller blade, bermain badminton dan futsal. Biarkan anak mempunyai waktu untuk bermain bersama kawan-kawannya.

4.  Ajak Anak Bersenam

Bersenam adalah baik untuk semua orang. Jadi, ajak anak anda melakukan senaman bersama bagi meningkatkan motivasi anak bersenam. Di samping itu ia juga boleh membentuk teladan aktiviti yang bermanfaat bagi kesihatan. Biasanya, anak akan lebih mudah menuruti saranan jika ada yang memberikan contoh terbaik buatnya.

5.  Tingkatkan Pengetahuan Anak Tentang Kesihatan

Berjumpa dengan pakar atau doktor adalah cara terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan nasihat secara perubatan. Anak cenderung lebih mempercayai dan patuh pada nasihat doktor.

6.  Sediakan Alat Penimbang Berat Badan Di Rumah

Menyediakan alat penimbang berat badan boleh membantu memotivasikan usaha anak yang ingin menurunkan berat badan. Biarkan baru turun sedikit, namun ia tetap boleh mempengaruhi keyakinan anak bahawa diet untuk kurus itu mampu dilakukan!

 

>> Anda meminati filem James Bond? Sensasi Wangian Lelaki James Bond 007 wajar anda miliki. Semak di sini…

Previous post

Resepi Biskut London Almond Chef Wan

Next post

Resepi Kek Marble Cheese Benar-Benar ‘Yummy’!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *