Tips Untuk Kulit Muka Nampak ‘Gojes’ & Bebas Jerawat
Tahukah anda bahwa stres dan tekanan boleh mempengaruhi kulit anda?
Stres dan tekanan akan membuatkan kulit anda bermasalah seperti muncul jerawat, kusam dan tak bercahaya. Malahan, ketika anda stres dan cemas, wajah anda pun nampak suram dan tidak menarik.Esok kita bakal menyambut Hari Raya Qurban. Biarpun persiapan tidak sehebat Hari Raya Aidilfitri, namun biarlah ia nampak sempurna. Anda tentunya sibuk, baik dalam mendekorasi kediaman, penyediaan kuih-muih serta hidangan yang enak pada pagi raya nanti. Sungguhpun sibuk, pastikan anda tetap mencuri kesempatan untuk tampil menawan dan sopan di Hari Raya.
Berikut beberapa tip kecantikan agar tetap cantik pada Hari Raya Qurban walaupun anda sudah kesuntukan waktu.
Sebaiknya anda melakukan ritual cantik sebelum kedatangan hari raya lagi. Boleh melakukannya di rumah dengan bajet yang lebih jimat. Di sebabkan masa yang sudah terlalu suntuk, apakata pada hari ini anda buat urutan refleksi yang boleh menyegarkan tubuh.
Tak perlu anda terlalu berlebihan dalam bab bersolek. Ini adalah kerana Hari Raya itu sendiri melambangkan kesucian. Jadi, memadai jika anda bersolek dengan sentuhan natural dan lembut. Pilihlah perpaduan warna seperti coklat, nude dan pink.
Sesekali apa salahnya anda tampil berbeza di Hari Raya. Untuk menampilkan kesan segar, anda boleh mengunting rambut dengan potongan layer atau menambah gaya poni yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Selain itu, jangan lupa ‘blow’ rambut anda supaya kelihatan lebih ber’volume’. Jika anda memakai hijab, tak adalah salahnya anda mencuba gaya-gaya hijab terkini. Namun, pastikan ia bersesuaian dengan bentuk wajah anda, tidak berlebihan dan nampak sopan.
- Jangan Lupa Pakai Losyen
Disebabkan terlalu sibuk, adakalanya anda melupakan perkara-perkara penting seperti memakai losyen untuk menjaga kelembutan serta kelempaban tangan. Pada Hari Raya nanti sudah pasti, anda akan bersalaman dengan tersayang, ahli keluarga, sanak saudara dan juga kawan-kawan. Jadi, tak mungkin anda mahu bersalaman dengan mereka dengan keadaan tangan anda yang kasar serta mungkin berbau tidak sedap. Jadi, selepas melakukan aktiviti, biasakan diri memakai losyen agar tangan tetap gebu dan lembut!
Tip Kecantikan Ekstra!
Cantik semulajadi dengan bajet murah
- Vitamin C
Makan buah-buahan yang mengandungi vitamin C kerana ia boleh mencerahkan kulit kerana kandungan semulajadinya membuat kulit lebih bersinar. Selain itu, buah-buahan yang mengandungi vitamin C juga berkhasiat untuk mengusir bakteria serta mengubati jerawat.
- Enzim Semulajadi
Pengelupasan pada wajah dengan bahan kimia sangat berbahaya untuk kulit anda. Cuba gunakan dengan bahan-bahan semulajadi seeprti buah labu dan cendawan. Ia berkhasiat untuk menyingkiran sel-sel kulit mati, mengangkat segala kotoran tanpa merosakkan kulit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan lobak merah sebagai masker kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan lebih ‘glowy’ dan berseri-seri.
- Lidah Buaya
Kandungan ton vitamin, mineral dan enzim mampu mengembalikan kelembapan kulit agar terhindar daripada dehidrasi. Selain itu, kandungan kalogen yang terdapat daripada lidah buaya secara semulajadi memiliki asid silisat yang merupakan anti inflamasi.
Foto Sekadar Hiasan
<< Ketahui cara putihkan muka serta awet muda di sini.
1 Comment
Hello to every body, it’s my first visit of this website; this web site includes amazing and in fact good stuff in
favor of visitors.