Ketahui Penjagaan Kulit Muka Tanpa Efek Sampingan
Kredit : rapi
Memelihara kesihatan kulit sangat penting kerana kulit adalah bahagian tubuh yang lebih terdedah secara langsung pada paparan sinaran matahari, debu, suhu udara dan sebagainya.
Seiring dengan pertambahan usia, tanda-tanda penuaan pada wajah sering menjadi keluhan ramai wanita. Namun, jika anda rajin memberikan penjagaan kulit muka dengan produk yang tepat, anda boleh menikmati kulit yang sentiasa anjal dan sihat.Penjagaan kulit wajah sebenarnya tidak memerlukan bahan-bahan yang mahal ataupun produk kecantikan kulit yang berbahaya.Memadai jika anda memenuhi beberapa syarat penjagaan kulit muka, agar kulit nampak cantik dan semulajadi biarkan tidak mengunakan sebarang produk yang mahal. Anda boleh mendapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan penjagaan kulit muka secara semulajadi.
Berikut beberapa jenis bahan semulajadi yang sesuai bagi penjagaan kulit muka anda:
- Aloe Vera atau Lidah Buaya
Anda boleh manfaatnya sebagai pelembab kulit semulajadi. Penjagaan kulit muka menggunakan lidah buaya mampu menjaga kulit wajah tetap anjal. Anda boleh gunakan lendir daripada daun lidah buaya itu sebagai masker wajah. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih anjal semulajadi.
Ia merupakan adalah salah satu bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk penjagaan kulit muka seperti meremajakan kulit, menghaluskan kulit, memperkuatkan jaringan kulit serta menyamarkan kesan bintik-bintik hitam pada kulit. Anda boleh menggunakan virgin coconut oil ini sebagai masker wajah atau lulur untuk kulit tubuh.
Limau nipis boleh menjadi salah satu cara bagi kulit wajah berminyak.Potong limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian gosokkannya pada kulit wajah. Anda boleh juga menghiris nipis limau nipis, kemudian lekatkan setiap hirisan pada kulit wajah sebagai masker.
Penjagaan kulit muka yang seterusnya adalah dengan menggunakan avokado. Anda boleh menggunakannya sebagai pelembab semulajadi untuk menjaga kesihatan kulit wajah. Blender avocado sehingga lumat, kemudian gunakannya sebagai masker kulit wjaah. Biarkan masker tersebut sehingga kering, setelah itu bilas dengan air bersih.
Penjagaan kulit muka dengan menggunakan yogurt sebagai masker semulajadi ini sangat mudah untuk anda praktikkan. Kandungan yang terdapat pada yogurt mampu melenyapkan sisa-sisa kotoran dan minyak yang melekat pada kulit wajah. Sapukan plain yogurt pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Setelah kering, bersihkan dengan air sehingga bersih.
<< Rawat kulit wajah anda dengan khasiat masker kentang di sini.
No Comment