CantikKulit

4 Petua Hilangkan Bintik Hitam Secara Semulajadi

Petua Hilangkan Bintik Hitam - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: clearclinic

Petua Hilangkan Bintik Hitam. Selain jerawat, bintik hitam merupakan salah satu masalah  kulit yang sering terjadi di wajah.Puncanya kerana pori-pori di wajah tersumbat akibat kotoran atau debu dan ketahui petua hilangkan bintik hitam ini.

Meskipun tidak membahayakan, namun kehadiran bintik-bintik hitam ini sangat menganggu penampilan. Lebih-lebih lagi, jika bintik-bintik tersebut berwarna kehitaman dan membuatkan warna kulit berubah. Apatah lagi, jika anda berkulit putih dan adanya bintik-bintik hitam akan membuatkan warna kulit wajah anda menjadi kontras.

 

Baca Juga: Petua Cantik Manis

 

Bintik-bintik hitam ini kerap muncul di hidung.Ini adalah kerana pori-pori pada hidung jauh lebih besar berbanding pori-pori kulit di bahagian wajah yang lain. Jika anda berhadapan dengan masalah ini, jangan risau. Ada beberapa petua hilangkan bintik hitam yang boleh anda praktik.

  1. Guna Masker

Bintik hitam dapat hilangkan setelah kotoran yang berada di pori – pori kulit sudah tidak ada lagi. Untuk menghilangkan kotoran – kotoran tersebut anda boleh menggunakan masker. Ketika menggunakan masker semua kotoran pada kulit akan diserap oleh masker termasuklah pada bahagian kulit yang berbintik hitam. Buat anda yang memiliki masalah bintik hitam, sebaiknya gunakan masker secara rutin, satu kali sehari.

 

  1. Cuci Muka Dengan Air Suam

Bintik hitam terjadi kerana pori-pori yang membesar pada bahagian kulit muka. Pori-pori kulit membesar disebabkan peradangan pada kulit yang berpunca dari luka ataupun kuman. Bagi anda yang memiliki masalag bintik hitam ini sebaiknya lebih rajin mencuci muka dengan menggunakan air suam. Tujuannya adalah untuk mengatasi peradangan yang terjadi pada kulit wajah, sehingga bintik hitam tersebut tidak menjadi semakin parah.

 

Baca Juga: Kebaikan Air Suam

 

  1. Kebaikan Ais Batu

Petua hilangkan bintik hitam secara semulajadi yang seterusnya ialah dengan memanfaatkan ais batu. Tempelkkan ais batu selama 10 minit pada bahagian kulit yang berbintik hitam. Ia akan membuatkan pori-pori kulit yang besar itu kembali menjadi rapat, dan bintik-bintik hitam tersebut akan keluar dengan sendirinya

 

  1. Menggunakan Putih Telur

Biasanya kita akan memicit bahagian kulit yang berbintik hitam tersebut untuk mengeluarkan segala kotoran berada di pori-pori kulit tersebut. Namun, cara tersebut tidak bagus dan cukup berbahaya kerana boleh menyebabkan luka pada kulit. Sebagai gantinya, anda boleh menggunakan putih telur. Sapukan putih teluar pada bahagian kulit yang berbintik hitam, kemudian biarkan selama 30 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan bintik-bintik hitam tersebut akan tertanggal dengan sendirinya bersama dengan putih telur.

 

Kesimpulan

Mudah-mudahan dengan melakukan beberapa petua menghilangkan bintik hitam secara semulajadi tersebut, bintik hitam di wajah anda bukan sahaja berkurangan. Malahan, terus hilang untuk selamanya. Jika bintik hitam tersebut sudah hilang, pastikan anda memberikan perawatan yang tepat untuk wajah anda. Selain disebabkan kekotoran, kulit muka yang berminyak juga boleh menyebabkan bintik hitam.

<< Ketahui kebaikan mayonis untuk kecantikan kulit dan rambut di sini.

 

 

 

Previous post

4 Jenis Pembersih Muka Terbaik

Next post

10 Makanan Serat Tinggi Terbaik Jika Mahu Berdiet

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *