Pilih Menu Diet Yang Sesuai Untuk Kurus Secara Sihat
Foto: img2
Menjaga pola makan dengan memilih makanan yang berkhasiat, tinggi serat, protein dan rendah lemak, merupakan kaedah yang dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan.
Serat makanan tidak dicerna oleh tubuh sehingga anda berasa kenyang. Dengan memperbanyak pengambilan makanan yang mengandungi serat, maka ia dapat membantu memudahkan pencernaan, sekaligus mengurangkan lemak di perut dan pinggang anda.Menurut seorang ahli diet dan diabetes di Blue Cross Blue Shield of Michigan, Rahmat Derocha, beliau menyatakan selain bersenam, kunci utama untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini terletak pada makanan yang kita ambil.
Menu Untuk Diet
- Rasberry
Buah ini mengandungi sejumlah besar antioksidan dan vitamin C yang bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Walaupun saiznya kecil, ternyata buah ini menjadi salah satu makanan tumbuhan dengan kadungan serat paling tinggi. Dengan mengambil buah ini, anda akan berasa lebih kenyang.
Buah ini hanya mengandungi sedikit gula, tidak mengandungi pati tetapi penuh dengan serat. Lemak tak tepu yang terkandung dalam avocado sangat mudah dicerna oleh tubuh, dan mampu meningkatkan hormon penunda lapar. Sangat disyorkan sebagai salah satu menu diet anda.
Yogurt adalah makanan yang sangat bermanfaat bagi sistem pencernaan. Ia sangat sesuai untuk berdiet kerana mengandungi pemakanan yang sangat tinggi manakala kadar lemaknya yang rendah. Kandungan bakteria Lactobacillus Bulgaricus mampu merangsang pergerakan usus dan memperbaiki penghadaman.
- Sayur -sayuran
Sayur-sayuran mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi Sayuran merupakan sumber serat yang bebas kandungan lemak dan sedikit kalori.
Jika anda seorang yang mudah lapar, ada baiknya anda mengambil 2 sudu makan minyak zaitun. Hal ini boleh meningkatkan kepekatan hormon Leptin dalam darah sehingga dapat menghilangkan rasa lapar dan membakar kalori dalam badan. Selain sebagai menu diet, minyak zaitun ini juga bermanfaat bagi kesihatan jantung!
<< Ketahui tips jaga badan supaya maintain kurus tanpa diet di sini.
No Comment