CantikKewanitaanSihat

7 Tips Pulihkan Diri Lepas Bersalin Cara Bedah

Cara Bersalin - women online magazine

Jika diberikan peluang, anda pilih cara bersalin normal ataupun bedah?

Melahirkan bayi akan mencetuskan perasaan lega dan bahagia. Tetapi, pada sudut lain juga anda perlu berhadapan dengan fasa pemulihan diri yang cukup berat. Fasa ini memerlukan waktu, apatah lagi jika anda terpaksa menjalani pembedahan sewaktu bersalin, sedangkan cara bersalin pilihan anda adalah normal. Sudah pasti, anda akan berasa sedikit tertekan.

Untuk membantu anda cepat pulih, ada beberapa cara atau perkara yang perlu anda lakukan. Semak!

1. Bahagikan Tugas & Tanggungjawab

Sejak hamil, sebaiknya anda sudah mendelegasikan tugas pada pasangan ataupun sesiapa sahaja yang anda yakin boleh membantu anda. Jika kehamilan buat kali kedua ataupun ketiga dan sebagainya, mintalah suami anda menguruskan anak-anak yang lain. Sementara itu anda boleh fokus pada bayi yang baru anda lahirkan itu. Ada juga perlu tetap aktif, tapi anda perlu luangkan waktu untuk beristirahat. Ada juga tidak digalakkan mengangkat atau menarik objek-objek berat atau melakukan kerja-kerja yang berhabuk.

2. Usah Mengangkat Beban Berat

Boleh sahaja anda hendak mengangkat barang, tetapi pastikan ia tidak melebihi berat bayi anda, sekurang-kurangnya enam minggu. Tujuannya, supaya otot-otot perut anda mempunyai waktu untuk sembuh. Bahkan perut anda juga tidak akan jadi terlalu tegang jika anda bangun dengan mengering ke sisi terlebih dahulu, sambil menarik lutut anda ke arah dada. Setelah itu, duduk dan gunakan tangan untuk membantu anda berdiri.

3. Jangan Lupa Untuk Ketawa

Sebenarnya otot perut ini sangat aktif dan ramai yang tidak tahu ataupun menyedarinya sehinggalah menjalani sesuatu pembedahan. Untuk mengurangi rasa ngilu atau perit, gunakan bantal yang lembut pada perut selama beberapa hari pertama atau lebih jika anda memerlukannya. Kemudian cubalah untuk batuk, ketawa, menyusukan bayi anda serta membuang air.

4. Lakukan Senaman Ringan

Jika cara bersalin anda melalui teknik pembedahan, tentulah anda hanya akan boleh duduk dan baring sahaja pada hari pertama. Namun, anda boleh ‘curi-curi’ untuk melakukan senaman dasar punggung anda atau senaman kegel yang ringkas. Senaman ini sangat berguna untuk memperbaiki otot-otot vagina. Memang pada mulanya anda akan rasa seperti tidak selesa, tetapi senaman ini juga akan membantu anda menyokong pinggang dan perut anda.

5. Kepentingan Air & Serat

Supaya anda lebih mudah ketika membuang air, minumlah air secukupnya dan makan buah-buahan untuk membantu membuatkan menjadi lebih mudah apabila membuang air besar. Untuk mengurangkan rasa kembung dan sakit ketika kentut, hindari pengambilan minuman berkarbonat . Sebagai pengganti, anda boleh minum teh peppermint. Pengambilan makanan berkhasiat turut membantu anda mendapatkan energi.

6. Relaks & Kawal Emosi

Kehadiran bayi, tentunya akan menyukarkan anda untuk meluangkan waktu buat diri sendiri. Apa yang boleh anda lakukan, mintalah bantuan sesiapa sahaja yang rapat dengan anda untuk membantu anda menguruskan rumah. Pastikan ketika bayi anda tidur, anda juga mencuri waktu untuk beristirahat. Cuba angkat kaki anda ke atas untuk mengurangi ketegangan pada otot-otot perut dan membiarkannya pulih.

Selain itu, setelah bersalin bukan sahaja fizikal anda yang perlukan pemulihan. Malahan, emosi anda juga. Keletihan, kurang tidur, depresi adalah di antara efek yang bakal anda alami selepas melahirkan. Jangan simpan atau memendam sebarang emosi yang tidak menyenangkan. Sebaliknya cuba luahkan pada pasangan atau mereka yang anda percayai.

7. Betulkan Posisi, Selalu Tegak!

Duduk atau berdiri tegak akan membuatkan anda berasa jahitan di perut anda seperti mahu ‘tetas’ atau terbuka. Tetapi, bertenang ok. Jahitan tersebut tidak akan terlepas. Jadi, meskipun anda mahu membongkok untuk melindungi perut, cubalah untuk meluruskannya kembali secara perlahan-ahan untuk meregang dan menguatkan otot-otot perut sekalgus melindungi pinggang.

Kredit foto: huffpost

<< Ketahui adakah anda termasuk dalam kategori wanita yang kekurangan hormon progesteron. Baca di sini.

 

 

Previous post

5 Perkara Bijak Mengurus Wang Yang Saya Belajar Daripada Seorang Ibu Tunggal

Next post

Atasi Penyakit Susah Tidur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *