Punca Rambut Cepat Beruban
Foto: Sekadar Hiasan
Nak tahu kenapa anda mempunyai rambut beruban pada usia muda. Jom ketahuinya di sini.
Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein di bahagian kulit rambut kepala yang dinamakan ‘skin eprdermis’, di mana terdapat sel melamocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin.
- Melanin ialah protein yang membuatkan kulit dan rambut menjadi warna semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu.
Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30.
Orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an, manakala golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40.
Terdapat juga beberapa penyakit kulit yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami rambut yang beruban. Antaranya vitiligo, tuberous sclerosis, waardenburg syndrome dan neurofibromatosis yang menyebabkan kehilangan warna hitam pada rambut.
Berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn Shu’ayb dari bapanya, dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mencabut uban, kerana ia akan menjadi cahaya pada Hari Kebangkitan.”
Masalah rambut beruban pada usia muda bukan sahaja menyebabkan anda kurang keyakinan diri dan berasa malu berada di khalayak ramai. Oleh itu, ketahuilah faktor-faktor yang menyebabkan rambut anda beruban. Antaranya ialah;
1) Faktor Usia
Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.
2) Genetik
Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w.
Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut dan ini menyebabkan rambut seterusnya akan tumbuh tanpa pigment melanin.
3) Kekurangan vitamin B 12
Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.
4) Faktor-faktor lain
Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban.
Sebagaimana anda mengetahui faktor-faktor rambut beruban di atas, jom kenali langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah uban ini pula.
Hanya tiga langkah yang perlu anda amalkan dan berkemungkinan ia melambatkan proses penumbuhan uban anda.
1) Pengambilan nutrisi di dalam permakanan
Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisien. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastikan tubuh kita sihat.
2) Mengamalkan sukan secara berkala
Bersukan secara berkala atau berjadual boleh melambatkan uban tumbuh. Ini kerana apabila anda berpeluh ia menunjukkan tubuh dan sel-sel di bawah kulit atau lemak anda tidak tersumbat.
3) Jauhi tekanan hidup seperti stres
Anda perlu sentiasa ceria dan jauhi stres kerana ia menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu. Situasi ini menyebabkan hidup anda menjadi tidak teratur dan boleh membantutkan sistem normal badan anda.
<<Jom ketahui hukum mewarna rambut di sini..
No Comment