CantikRambut

Cara Panjangkan Rambut Dengan Tepat

cara panjangkan rambut dengan cepat - woman online magazine

 

Kredit :homeremedyshop

Cara Panjangkan Rambut Dengan Cepat. Merawat rambut dengan seadanya, sekadar membersihkan rambut sahaja tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan nutrisi rambut agar ia cepat panjang.

Jika anda mahukan rambut panjang dengan cepat, beberapa rawatan lain yang berfungsi untuk meransang pertumbuhan rambut dari akarnya. Salah satu perawatan atau cara panjangkan rambut dengan cepat yang patut anda cuba adalah dengan menggunakan vitamin khusus berasal dari bahan semulajadi.Bagi anda yang ingin mencuba cara  panjangkan rambut dengan cepat boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi ini. Ianya bukan sekadar menjimatkan duit, bebas daripada bahan kimia yang boleh merosakkan rambut. Malahan, membantu rambut anda tumbuh dengan lebih cepat dan sihat.

Cara panjangkan rambut dengan cepat  menggunakan nutrisi semulajadi seperti berikut:

Lidah buaya cukup membantu proses penumbuhan rambut. Selain baik untuk rambut, lidah buaya juga baik untuk kulit kepala. Cara panjangkan rambut dengan cepat boleh dilakukan dengan mudah, sapukan bahagian isi lidah buaya ke kepala selama 30 minit sebelum anda mandi. Selesa menyapu secara merata di kepala, tutup kepala dengan tuala atau kain yang telah direndam dengan air suam untuk membantu liang pori-pori kepala terbuka.

Setelah 25 minit, buka penutup kain tersebut dan urut kepala dengan lembut bagi melancarkan peredaran darah di kepala.Setelah itu, cucilah rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu untuk membersihkan kepala daripada sisa-sisa lendir lidah buaya.

 

Cara panjangkan rambut dengan cepat ialah dengan menggunakan limau nipis.Selain memanjangkan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan kelemumur. Lumur kepala dengan perahan air limau nipis secara merata di keseluruhan kulit kepala sambil mengurut kulit kepala secara perlahan-lahan. Biarkan selama satu minit, kemudian barulah basahi rambut dengan air dan syampu serta bilas sehingga bersih.

 

  • Buah Keras

Buah keras juga turut membantu proses penumbuhan rambut dan merupakan cara panjangkan rambut dengan cepat yang boleh anda cuba.Penggunaan buah keras lebih mudah dan tidak gatal seperti lidah buaya disebabkan rasa gatal kerana lendir dan getah daripada lidah buaya itu sendiri.Buah keras perlu dibakar terlebih dahulu untuk mendapatkan minyaknya. Kemudian sapu minyak buah keras tersebut di kepala. Untuk mendapatkan hasil yang berkesan, pakailah minyak buah keras ini di kepala pada setiap hari.

 

Cara panjangkan rambut dengan cepat yang seterusnya adalah menggunakan bawang merah. Selain berguna untuk menambah keenakan masakan, bawang merah berfungsi untuk menguatkan akar rambut anda. Bawang merah mengandungi sulfur yang bermanfaat untuk menumbuhkan rambut dengan cepat.Kisar beberapa biji bawang merah, kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 20 minit sebelum anda bersyampu dan membilasnya sehingga bersih.

 

Selain menghaluskan rambut, minyak zaitun juga berkhasiat sebagai nutrisi semulajai untuk memanjangkan rambut.Titiskan sebanyak 5 titis minyak zaitun pada kulit kepala sambil mengurutnya dengan lembut. Sebaiknya dilakukan selepas anda mencuci rambut. Biarkan semalaman dan basuhlah rambut di keesokan harinya.

 

  • Santan Kelapa

Santan kelapa juga boleh digunakan untuk memanjangkan rambut dengan cepat.Lakukan paling kurang dua kali dalam seminggu. Selain memanjangkan rambut secara cepat, penggunaan santan secara rutin untuk merawat rambut juga boleh menghaluskan dan melembutkan rambut.

Lumurkan santan pekat pada kulit kepala secukupnya. Kemudian bungkus dengan tuala yang sudah direndam dengan air suam dan biarkan selama 15-20 minit. Setelah itu, bilas sehingga bersih dan anda  akan merasakan rambut menjadi lebih lembut.

 

Cara panjangkan rambut dengan cepat secara semulajadi yang berikutnya ialah dengan menggunakan pisang. Pisang kaya akan vitamin A, E dan C. Di samping mengandungi pelbagai jenis vitamin, pisang boleh membantu pertumbuhan rambut serta membuatnya lebih sihat dan lembut.

Ambil sebiji pisang masak, hancurkan dengan senduk sampai menjadi pasta. Pastikan pasta tersebut benar-benar lembut, kemudian tambahkan sedikit minyak zaitun. Setelah itu sapukan pasta pisang ke seluruh permukaan rambut dan kulit kepala. Tutup rambut dengan tuala atau ‘shower cap’ dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian barulah dibilas dan cuci rambut seperti biasa.

 

Info Ekstra!

Urut kulit kepala anda setiapkali anda mencuci rambut. Melakukan cara panjangkan rambut dengan cepat secara semulajadi ini dengan lembut, menggunakan jari-jari anda untuk mengurut kulit kepala selama seminit atau dua minit akan merangsang pengaliran darah di kulit kepala anda dan membantu rambut anda tumbuh lebih cepat, cantik dan sihat.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui cara untuk mencegah uban dengan makanan tertentu. Baca di sini.

Previous post

8 Faktor Keguguran Janin

Next post

Rahsia Ranjang Suami Isteri

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *