Tips Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin
Masalah rambut gugur selepas bersalin ini bukanlah satu perkara yang aneh berlaku pada ibu. Biasanya perkara ini berlaku selepas 2-3 bulan kelahiran bayi.
Kata orang tua-tua, apabila si manja anda sudah pandai buat ‘buih’,maka rambut si ibu akan gugur dengan banyak. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil? Jom semak punca rambut anda gugur selepas melahirkan si kecil.
Punca keguguran rambut selepas melahirkan si manja
Semasa mengandung, paras hormon estrogen akan meningkat dalam badan wanita. Estrogen akan menyebabkan pertumbuhan rambut yang banyak semasa mengandung. Jadi, tidak hairanlah semasa mengandung,rambut wanita akan lebih tebal,sihat dan bersinar. Malahan adakalanya bulu roma juga akan tumbuh lebih banyak. Apabila melahirkan anak, paras hormon estrogen akan turun kembali ke paras normal. Maka sebab itulah punca rambut ibu banyak gugur selepas bersalin.
2. Pengambilan ubat untuk penyakit
Sesetengah ubat seperti ubat untuk darah tinggi,gout boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku.
3. Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja. Sememangnya selepas bersalin,tugas ibu berubah 100% dan bertambah sibuk untuk menguruskan keperluan keluarga dan juga bayi yang baru lahir. Oleh itu,dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut,si ibu akan menghadapi pelbagai tekanan sehingga kadang kala tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri dan juga kebersihan rambutnya.
4. Amalan pemakanan yang tidak sihat
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan sesuai juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut selepas bersalin menjadi semakin serius. Contohnya si ibu kekurangan sumber protein,padahal rambut kita terhasil daripada protein. Sebab itulah,waktu berpantang dan selepas bersalin,ibu-ibu dinasihatkan supaya menjaga pemakanan supaya badan yang langsing dan sihat dapat dikembalikan. Zat mineral sangat penting untuk kesihatan ibu selepas bersalin.
Apa yang anda perlu lakukan jika rambut gugur berterusan:
- Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia. Tukarlah kepada syampu organik
- Kurangkan tekanan dan lakukan senaman tiga kali seminggu.
- Perapkan kepala anda dengan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara diketahui mampu menyembuhkan rambut gugur yang serius kerana ia sendiri kaya dengan Vitamin E, D dan C.
- Gunakan sikat yang lembut dengan sikat yang jarang dan pastikan anda menyikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan rambut gugur dengan lebih banyak. Elakkan juga menyikat rambut semasa rambut basah.
- Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mewarnakan,meluruskan rambut dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
- Rambut palsu atau ‘wig’ juga harus dielakkan kerana ia akan membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
Makanan Mencegah Rambut Gugur Selepas Bersalin:
Rambut terhasil daripada sumber protein. Jadi, ayam,telur,almond dan yogurt semulajadi perlulah dimakan kerap untuk menggalakkan pertumbuhan dan keguguran rambut.
- Air Masak
Air masak sememangnya penting untuk kesihatan. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.
- Kekacang
Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Zat tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran rambut daripada berlaku.
- Sayur Hijau
Vitamin A dan C diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut. Antara contoh sayur hijau yang mengandungi vitamin ini adalah bayam dan brokoli.
Kandungan zink pada makanan laut seperti udang dan tiram mencegah rambut gugur selepas bersalin dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel menyerap vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.
- Salmon
Salmon memang diketahui umum kaya dengan protein,omega-3 vitamin B12 dan zat besi. Rambut kita sangat memerlukan kesemua khasiat tersebut untuk mengurangkan kekeringan pada rambut serta menyihatkan kulit kepala.
Kesimpulan
Keadaan rambut gugur selepas bersalin ini hanya bersifat sementara. Anda dinasihatkan berfikiran positif dan bersabar menghadapi masalah ini. Jika rambut anda gugur dengan teruk,segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan sebarang penyakit yang lain.
Kredit foto: diarimama
<< Ketahui jenis-jenis makanan yang menjadi punca kelemumur di sini.
1 Comment
Mmg lepas bersalin.. MasyaAllah.. takut nak sikat rambut lepas cuci.. segenggam lagi rambut hilang.. aduii.. memang kene merajin2 kan diri lah wat treatment.. lepas ni makan nak kene jaga.. & x leh lg nak stress2..
Gud Info WOM.. tq