Serum Untuk Wajah Perlu Dipakai Dengan Betul
Kredit Foto: bubblews
Serum Wajah. Adakah wajah anda nampak kusam dan tidak bermaya? Anda pernah mencuba serum untuk wajah anda?
Ada banyak perkara yang boleh menyumbang kepada penuaan semulajadi kulit wajah. Selain faktor usia, pencemaran udaran dan kepanasan sinaran mentari juga boleh merosak sel-sel kulit wajah.
Selain itu, mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembapan semulajadinya hilang. Apatah lagi apabila anda menggunakan pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit wajah. Untuk mencegah dan mengatasinya sebaiknya anda selalu menggunakan serum wajah.
Umumnya sel-sel kulit mampu melakukan regenerasinya sendiri. Namun, seiring dengan pertambahan usia, prosesnya jadi lambat. Untuk mempercepatkan proses regenerasi agar kulit tetap lembab berseri, anda perlu memakai serum wajah secara rutin.
Baca Juga:Kulit Muka Kering
Tetapi tidak ramai wanita yang menggunakan serum, memandangkan harga serum ini rata-ratanya lebih mahal jika dibandingkan dengan produk rawatan kulit lain.
Tapi tahukah anda, walaupun agak mahal tetapi manfaatnya lebih bagus daripada moisturizer. Serum mempunyai daya kerja lebih kuat kerana testur bahannya lebih cepat meresap dan membantu meningkatkan produsi kolagen pada kulit wajah.
Selain itu, kandungan moisturizer berguna untuk melembabkan bahagian luar kulit. Manakala tugas serum bukan di permukaan, sebaliknya lapisan kulit yang lebih dalam.
Cara Terbaik Memilih Serum
- Pilihlah serum yang mengandungi bahan ‘glicane’ kerana ia berupaya membuatkan kulit menjadi lebih tegang, halus dan sihat.
- Jika anda wanita yang gemar bersolek, serum sangat penting untuk membuat kulit wajah kelihatan flawless ketika menggunakan mekap.
- Sebaiknya pakai serum pada pagi hari sebelum menggunakan moisturizer, dan malam hari sebelum tidur untuk mengaktifkan sel-sel kulit dari dalam.
Baca Juga: Pelembab Wajah
Pemakaian serum wajah secara rutin juga lambat laun akan membuatkan wajah jadi lebih lembab, menghaluskan tekstur kulit dan menyamarkan noda-noda hitam pada wajah. Bahkan tanda-tanda penuaan pada wajah pun secara perlahan-lahan akan pudar.
Cara Menggunakan Serum Wajah Yang Betul
Sekiranya anda rutin menggunakan serum untuk wajah bagi perawatan kulit sehari-hari, ada perlu tahu cara penggunanya yang tepat.
1. Setelah anda mencuci atau membersihkan wajah dengan sabun pembersih, gunakan serum yang secukupnya. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari-jari tangan.
2. Jika anda memiliki kulit yang sensitif, setelah membersihkan wajah tunggu antara 10-15 minit sebelum and amemakai serum untuk wajah.
Baca Juga: Masalah Kulit Muka
3. Anda tidak perlu melewatkan rutin harian anda memakai pelembab wajah. Sebaliknya gunakan serum terlebih dahulu kemudian baru pakai pelembab.
4. Jika anda ingin berjimat cermat dalam penggunaan serum wajah ang mana memiliki harga yang agak mahal, jadi anda boleh pakai serum wajah pada sebelah siang atau pada malam hari.
Nota Kaki: Jika suka dengan artikel ini, SHARE ya dengan kawan-kawan anda.
<< Nak tahu apa itu ekzema, jom klik di sini untuk ke laman seterusnya..
1 Comment
Serum itu macam mana pulak,tak tahupun masalah kecantikan.