CantikRambut

6 Tabiat Buruk Yang Boleh Buat Rambut Anda Banyak Gugur

masalah rambut gugur - women online magazine (1)

Rambut merupakan elemen penting bagi seseorang untuk menonjolkan imej sendiri.

Penggayaan rambut yang tidak betul seperti mewarnakan rambut,kerintingkan rambut, bahkan menyikat rambut juga akan menyebabkan kerosakkan rambut.

Wanita mana pun tentu tidak tenang jika melihat rambut mereka gugur, meskipun ada yang mengatakan bahawa kehilangan 40-100 helai rambut dalam sehari adalah perkara yang normal. Namun, tahukah anda selain daripada faktor tekanan dan sebagainya,sebenarnya rambut gugur juga berpunca dari tabiat buruk yang selalu anda lakukan kepada rambut anda.

Jom, semak tabiat buruk yang selalu anda lakukan pada rambut:

1.  Menyikat rambut ketika rambut masih basah

Rambut menjadi lemah semasa basah berbanding semasa kering. Oleh itu,rambut lebih mudah patah atau putus semasa basah berbanding dalam keadaan kering.

Memandangkan anda tidak dapat mengelak daripada rambut yang basah, maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut anda semasa basah adalah menyikat dengan jari sendiri.

Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Ia bertujuan untuk mengurangkan kerosakkan yang akan terjadi.

2.  Terlalu banyak bahan kimia

Bahan kimia yang tidak baik untuk badan anda,juga tidak baik untuk rambut anda. Bagi anda yang suka melakukan ‘perms’,meluruskan dan mewarna rambut, semua kaedah tersebut memberi kesan yang buruk kepada rambut anda. Warna yang terlalu banyak,rawatan haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi rosak. Jika kerosakkan ini berterusan,rambut anda akan menjadi lemah dan menyebabkan rambut gugur. Saranan terbaik adalah meminimumkan penggunaan bahan kimia.

3.  Penggunaan pengering rambut

Hindari sikap suka mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut.  Seeloknya biarkan rambut kering sendiri tanpa bantuan mesin pengering. Rambut menjadi lemah dalam keadaan panas maka apabila anda menggunakan pengering rambut,lagi mudah rambut anda rosak. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut. Maka rambut  akan menjadi rapuh dan mudah putus.

Sekiranya penggunaan pengering rambut sangat diperlukan, anda perlumenjarakkan pengering rambut, sekurang-kurangnya 2 ke 4 inci daripada rambut sendiri. Selain itu,suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan.

4.  Ikat rambut terlalu ketat

Ada wanita yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut. Sebenarnya  fesyen ini tidak bagus untuk rambut anda kerana tarikan rambut yang terlalu ketat akan membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.

Oleh itu, elakkan mengikat rambut anda terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan rambut patah di bahagian tengah Selain itu,elakkan juga dari menggunakan getah pembungkus makanan sebaliknya gunakan getah yang dibalut dengan fabrik.

5.  Mengeringkan rambut dengan menggunakan tuala

Mengelap rambut basah secara kasar dengan menggunakan tuala, menyebabkan berlakunya penggeseran antara rambut dengan rambut sehingga hujung rambut pecah serta gugur .

Rambut sangat rapuh apabila dalam keadaan basah. Jadi jangan keringkan rambut menggunakan tuala dengan terlalu kasar kerana rambut mudah patah ketika proses itu.

6.  Kerap Mengusap rambut

Sedarkah anda bahawa amalan atau tabiat mengusap rambut menggunakan telapak tangan juga salah satu punca rambut mudah gugur? Ini kerana terdapat banyak kotoran di tapak tangan akan dipindahkan ke rambut apabila anda mengusap rambut.

Selain itu,keadaaan kulit kepala yang agak lembut juga menyebabkan akar umbi rambut mengalami keguguran akibat dari geseran yang terlalu kuat kesan daripada tolakan atas kepala. Oleh itu,elakkan menggaru kepala sekiranya anda tidak menghadapi kegatalan yang melampau.

Awas! Sekiranya rambut anda tetap gugur walaupun anda sudah ubah tabiat buruk tersebut,maka segeralah berjumpa dengan pakar rambut untuk mendapatkan nasihat.

Kredit foto: spiritualhomeo

<< Ketahui cara pantas menghapuskan kutu rambut di sini.

 

Previous post

Ketahui Penyebab Rasa Pening Seperti Hendak Pitam

Next post

Anda Sering Sakit Kepala? Mual, Pedih Perut Dan Kerap Sendawa Angin? Itu Petanda Gastrik!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *