CantikDietSihat

Teknik Diet Sihat Sepanjang Ramadan

teknik diet sihat sepanjang ramadhan - women online magazine

Apakah anda bersedia untuk menemui bulan Ramadhan? Dapatkan tip diet sihat sepanjang bulan puasa di sini..

Bulan Ramadan, kini semakin hampir tiba. Kehadirannya cukup ditunggu-tunggu bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia kerana ia dikenali sebagai bulan ‘merebut pahala’! Ini adalah kerana Allah S.W.T. telah menjanjikan pahala yang lebih berlipat kali ganda kepada semua umat-Nya yang melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan.

Pada bulan Ramadan atau puasa ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan diet sihat. Sungguhpun begitu, aktiviti diet sihat kita boleh gagal jika kita tidak dapat mengawal nafsu makan. Menjalankan diet di bulan yang penuh keberkatan ini, selain memperoleh pahala yang banyak, ternyata juga boleh membuatkan tubuh kita semakin sihat dan menawan.

Apakah cara diet yang sesuai dilakukan pada bulan puasa?

1. Perbanyakkan Makanan yang Bertenaga

Seperti diketahui umum, haram untuk makan dan minum pada siang hari ketika menjalani ibadah puasa. Biasanya pada siang hari, kita akan melakukan segala kerja dan aktiviti yang mungkin mengerah segala kudrat dan tenaga.

Jadi, makanan yang memberikan tenaga sangat penting untuk membekalkan tenaga pada badan. Ambillah makanan yang kaya dengan sumber protein serta mempunyai lemak (dengan kuantiti yang sedikit).

2. Kurangkan Makanan Berkanji

Tidak dinafikan bahawa kanji adalah antara sumber yang akan memberikan tenaga kepada badan kita. Makanan seperti nasi, roti dan berunsurkan tepung adalah antara yang kaya dengan kabohidrat dan kanji.

Namun, kanji juga mampu menyumbang kepada kegemukan seseorang, jika diambil secara berlebihan. Ini kerana ia mampu menyumbang kepada kegemukan, terutama jika anda ambil di dalam tiga jam sebelum tidur. Kawal kandungan kanji di dalam makanan anda ya!

3. Minimumkan Kandungan Gula

Bulan puasa sememangnya terkenal dengan kemeriahan suasana di bazaar Ramadan.Terdapat pelbagai juadah berbuka puasa seperti lauk pauk, kuih muih dan minuman yang sentiasa menggoda selera .

Usah cepat tergoda, kerana anda perlu sentiasa mengawasi kandungan gula di dalam makanan anda, terutama yang terdapat di dalam kuih muih serta minuman tersebut. Kelebihan kandungan gula di dalam makanan bukan sahaja akan membuatkan berat badan naik. Bahkan boleh memberikan kesan kepada kesihatan seperti penyakit kencing manis, diabetes dan lain-lain lagi.

4. Minum Banyak Air

Antara perkara penting untuk diet bulan puasa ialah meminum air dengan kadar yang mencukupi. Air diketahui penting untuk tubuh badan kita kerana ia adalah ejen bagi mengalirkan darah ke seluruh tubuh badan kita.

Air juga sumber untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan agar sentiasa bermaya ketika puasa. Perbanyakkan meminum air kosong ketika bersahur dan berbuka puasa. Minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

5. Kawal Nafsu Pemakanan

Kawal nafsu pemakan anda adalah kunci paling penting untuk diet di bulan puasa. Antara hikmah berpuasa pada bulan Ramadan, kita dikehendaki mengawal segala nafsu, termasuk nafsu makan dan minum pada siang hari.

Berbuka puasa akan menjadi musuh paling besar untuk anda yang sedang berdiet. Setelah seharian berpuasa, pastilah anda memiliki nafsu makan yang begitu besar untuk melampiaskan rasa lapar tersebut. Oleh sebab itulah, anda harus bijak megawal diri sewaktu berbuka puasa.

6. Melakukan Senaman Ringan

Melakukan senaman adalah satu cara untuk diet bulan puasa. Berpuasa bukan halangan untuk anda terus bersenam. Menjelang waktu berbuka, kira-kira dua jam sebelumnya cuba luangkan sedikit waktu untuk melakukan senaman ringan walaupun badan terasa malas dan letih. Biasanya kita malas untuk memulakannya, tetapi ketika kita sudah membuatnya kita akan dapat merasakan energy baru dan badan akan terasa lebih segar.

Kesimpulannya, diet bulan puasa adalah masa yang paling sesuai untuk anda mulakan diet serta mengamalka gaya hidup yang lebih sihat. Elakkan daripada membazir ketika bulan Ramadan kerana ia adalah amalan syaitan. Selain itu, perbanyakkan juga ibadat kepada Allah kerana ia adalah bulan ‘bonus’ kepada kita sebagai umat Islam.

Selamat menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Kredit foto: lehighvalleylive

<< Jom ketahui kesan yang mengerunkan dalam amalan diet atkin di sini.. 

Previous post

Teknik Mudah Solekan Kulit Berminyak

Next post

Cara Melambatkan Uban Tumbuh di Kepala

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *