5 Tips Wajah Cantik Di Hari Raya
Kredit Foto : googleusercontent
Tips Wajah Cantik. Untuk tampil cantik dan menarik anda tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang banyak Anda boleh mencuba tips wajah cantik yang WOM.my sediakan ini.
Tanggapan untuk menjadi cantik, anda perlu ada banyak duit perlu anda tepis mulai hari ini. Cubalah tips wajah cantik dengan membuat sendiri bahan kecantikan atau manfaatkan kembali apa yang ada.
Selain sibuk mencari baju raya yang cantik, dalam masa yang ada ini rawatlah diri anda agar seluruh perjalanan darah tubuh anda akan meningkat lebih baik dan sihat. Bahkan tips wajah cantik yang diberikan ini juga akan membantu membuatkan kulit anda terasa segar dan kelihatan cantik.
1. Urut
Urutlah seluruh tubuh anda. Urutan akan membantu anda rasa lebih relaks dan santai tubuh. Mulakan urutan dengan pelembab atau minyak dari dasar kepala anda. Gunakan jari untuk mendapatkan daerah kecil tulang belakang anda. Anda juga boleh mengurut tangan dan kaki dengan cara yang sama.
2. Pakai Masker
Kandungan anti bakteria yang terdapat di dalam madu bermanfaat untuk kecantikan kulit. Plain yoghurt sangat efektif dalam membersihkan dan menghapuskan liang pori-pori, mencegah jerawat serta melembabkan kulit. Tambahkan sedikit madu dan perahan lemon ke dalam yogurt, kacau hingga sebati.
Kemudian sapukan ke seluruh wajah anda yang sudah dibersihkan dan biarkan selama 15 minit. dan tersebar merata di wajah Anda. Kemudian bilaslah dengan air suam. Hasilnya anda akan miliki wajah segar yang sihat semulajadi.
Baca Juga: Masker Telur
3. Perawatan Untuk Kulit Lebih Cerah
Untuk mendapatkan kulit yang cerah bersinar, anda boleh memanfaatkan minyak zaitun. Campurkan minyak zaitun pada body lotion yang anda pakai. Kemudian gosokan pada kulit dan berikan urutan lembut ketika anda memakainya.
Minyak kelapa juga boleh anda manfaatkan untuk menjaga kesihatan rambut. Kandungan lemak sihat yang terdapat di dalamnya akan merawat setiap helai rambut anda. Minyak kelapa akan memberikan menutrisi pada rambut sehingga membantu tetap terhidrasi dan menghasilkan rambut yang lembut dan halus.
Gigi yang kelihatan putih dan bersih tentunya akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Selain melakukan perawatan ke doktor gigi, anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Campurkan baking soda dengan perahan lemon. Kemudian gunakannya ketika anda menggosok gigi. Lakukannya secara rutin iaitu seminggu sekali bagi mendapatkan hasil yang diinginkan.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui penjagaan muka tanpa efek sampingan di sini.
No Comment