10 Tips Hilangkan Lemak Di Dagu
Kredit Foto: s-nbcnews
Tips Hilangkan Lemak. Memiliki lemak pada bahagian dagu memang cukup membuatkan ramai wanita stress.Baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui beberapa tips hilangkan lemak.
Adakah anda termasuk dalam kategori mereka yang memiliki lemak yang berlebihan di bawah dagu? Ingin tahu tips hilangkan dagu berlemak? Sebelum itu, sebaiknya anda memahmi terlebih dahulu penyebab lemak berlebihan itu seperti yang dikupas daripada Boldsky.
Bentuk Wajah
Terdapat beberapa lemak di bawah dagu yang terjadi turun-temurun dalam sebuah keluarga. Meskipun tubuh kurus, tetap ada kemungkinan jaringan lemak yang terkumpul di bawah dagu dipengaruhi oleh genetik yang dihasilkan. Disebabkan lemak di bawah dagu merupakan faktor keturunan, sebaiknya anda perhatikan pola makan anda daripada awal. Sekurang-kurangnya anda sudah berusaha untuk menurunkan risiko lemak melekat pada dagu yang disebabkan oleh pembawaan genetik.
Bagi sesetengah wanita, lemak di bawah dagu muncul sepanjang proses kehamilan disebabkan oleh kelebihan air dalam tubuh. Sama seperti bahagian tubuh lain, dagu mereka pun boleh membengkak.
Obesiti
Faktor utama lain penyebab lemak di bawah dagu adalah obesiti. Jika anda mempunyai kelebihan berat badan, jadi lemak akan berkumpul di dalam tubuh, termasuk di bahagian bawah dagu anda.
Masalah Penuaan
Lemak di bawah dagu juga boleh disebabkan oleh masalah penuaan. Sekiranya sewaktu muda anda sudah memiliki lemak di bawah dagu, keadaan akan jadi bertambah buruk apabila anda sudah tua nanti.
Baca Juga: Buang Lemak Di Perut
Harus Tahu!
Tak perlu melakukan pembedahan untuk menghilangnya kerana ada beberapa cara semulajadi yang boleh anda praktik supaya anda boleh tampil tanpa dagu berlemak.
Berikut Tips Hilangkan Lemak Di Dagu:
1.Kunyah Gula-Gula Getah
Untuk menjaga agar otot wajah kelihatan anjal dan sihat, jadi mengunyah gula-gula getah adalah satu alternatif terbaik. Ia juga dapat memberikan manfaat pada diri anda agar selalu bernafas lebih panjang dan memiliki gigi yang bersih serta kuat. Pengambilan gula-gula getah selama seminggu dapat membuangkan lemak di dagu terhakis dengan cepat.
2. Gembira & Selalu Ketawa
Gembira dan selalu ketawa bukan hanya menyihatkan hati dan fikiran anda, malah ia boleh membuatkan lemak pada dagu anda jadi berkurangan. Ini adalah kerana ketika anda ketawa, tanpa sengaja anda telah melakukan pergerakan sejenis latihan pada bahagian mulut anda. Gerakan naik dan turun pad dagu boleh membuatkan lemak di bahagian dagu anda menghilang.
3. Senaman Dagu
Cuba lakukan senaman dagu pada waktu lapang. Caranya mudah sahaja, buka mulut anda luas-luas. Kemudian, cuba tarik dan kuatkan lemak dengan tangan. Lakukannya selama 60 saat pada setiap hari.
4. Menguap
Menguap juga boleh membuatkan lemak pada dagu anda menghilang. Ini adalah kerana anda telah melakukan penekanan pada mulut anda lebih daripada sesaat dan ia merupakan salah satu cara terbaik untuk pembakaran lemak di kawasan dagu.
5. Pilih Daging Ayam
Pilihlah daging ayam yang tidak mengandungi banyak lemak daripada daging merah. Hal ini dilakukan agar tidak banyak asupan lemak yang masuk dalam tubuh Anda secara berlebihan.
Baca Juga: Makanan Pembakar Lemak
6. Kunyah Sampai Lumat!
Anda disarankan mengunyah makanan sebanyak 32 kali supaya rahang bergerak lebih lama. Keadaan ini akan membuatkan ukuran lemak di bawah dagu anda boleh berkurangan dengan cepat.
7. Perhatikan Apa yang Anda Makan
Pengambilan junk food dan minuman keras adalah antara faktor yang membuatkan timbulnya lipatan pada dagu. Selain itu, anda juga harus mengurangkan pengambilan natirum dan kalium dalam makanan anda.
8. Masker Wajah
Ternyata menggunakan masker wajah juga akan membantu menghilangkan lemak di sekitar dagu. Gunakan putih telur dengan madu kerana ia akan menganjalkan kulit di sekitar kawasan dagu.
Cuba perbaiki postur tubuh anda, iaitu dengan duduk tegak dengan pinggang yang lurus uantuk menjaga bahu dan dagu anda. Ia akan membantu mengurangkan lemak di kawasan dagu.
10.Guna Bola Tenis
Letak bola tenis di leher dan tahan seketika dengan menggunakan dagu. Tekan dagu anda pada bola tersebut dengan erat, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan. Ulanginya sekurang-kurangnya 10 kali.
Jangan lupa SHARE artikel ini ya.
No Comment