6 Tips Melebatkan Rambut
Foto: Sekadar Gambar Hiasan
Tips Melebatkan Rambut.Setiap wanita pasti mahu memiliki rambut yang sihat dan lebat.
Tambahan pula, pepatah mengatakan rambut adalah mahkota wanita. Jadi, dengan rambut yang panjang, sihat dan lebat keyakinan diri seorang wanita itu semakin bertambah.
Sebenarnya ada banyak cara semulajadi yang lebih sihat digunakan untuk melebatkan rambut selain penggunaan produk kecantikan rambut. Lagipun kebanyakan produk-produk tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya jika diaplikasikan ke kulit kepala dan rambut anda. Rambut anda boleh menjadi kusam dan anda mungkin akan terkena infeksi kulit kepala.
Apakah cara atau tips melebatkan rambut serta menghitamkannya secara semulajadi?
Berikut Tips Melebatkan Rambut Dan Membuatnya Hitam Secara Semulajadi:
Selain bernutrisi untuk rambut, minyak kelapa juga berupaya untuk menyuburkan rambut serta melembapkan kulit kepalad an rambut kering. Sapukan mintak kelapa ke kulit kepala anda sambil disertai dengan urutan-urutan lembut. Biarkan selama 30 minit, rambut yang dibasahi dengan minyak kelapa dibungkus dengan tuala. Bilas sampai bersih dan lakukannya secara rutin.
Baca Juga: Manfaat Santan Kelapa
2. Putih Telur Ayam Kampung
Asingkan kuning dan putih telur ayam kampung. Ambil yang putih sahaja, kemudian sapukan pada rambut anda daripada hujung rambut hingga ke pangkal rambut. Urut perlahan-lahan sampai rata, dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh hingga bersih dan hilang bau. Lakukan minimum seminggu sekali untuk memperoleh hasil yang baik.
3. Daun Pandan Dan Santan Kelapa
Daun pandan dan santan kelapa juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Rambut anda bukan sahaja lebat, bakan berkilau dan bebas daripada kelemumur. Sediakan seikat dan pandan dan semangkuk santan kelapa. Kisar daun pandan hingga keluar patinya dan halus. Gunakan campuran air tersebut sebagai masker rambut. Kemudian bungkus rambut dengan tuala, dan biarkan selama 30 minit. Bilas dan lakukannya sebanyak dua kali dalam seminggu.
Baca Juga:Kelebihan Daun Pandan
4. Minyak Zaitun
Minyak zaitun bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, bahkan ia juga baik untuk melebatkan rambut. Campurkan minyak zaitun kedalam syampu ketika anda mahu mencuci rambut. Kemudian urut kepala anda perlahan-lahan. Kandungan minyak zaitun akan meresep dan membantu kesihatan rambut anda. Selain itu, ia juga membantu mengatasi rambut rosak.
Baca Juga: Kegunaan Lidah Buaya
5. Lidah Buaya
Lidah buaya memang baik untuk kesihatan rambut. Selain melebatkan rambut, lidah buaya boleh membantu anda mengatasi rambut rosak dan kelemumur. Caranya ambil lidah buaya, dan kemjdian ambil bahagian dalamnya. Kemudian sapulah ke rambut mulai daripada pangkal rambut sehingga ke hujungnya. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Lakukan paling kurang seminggu sekali.
Baca Juga: Manfaat Madu Untuk Kecantikan
6. Madu
Madu juga berkhasiat untuk membersihkan kulit kepala daripada kotoran yang dapat menyumbat pori-pori di kulit kepala di samping melebatkan serta melembutkan rambut. Sapukan madu asli ke rambut anda hingga merata sambil mengurut-urut lembut kepala anda. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih.
<< Ingin tahu tips mengatasi masalah bau rambut yang tidak menyenangkan? Baca di sini.
No Comment