FamiliPermata Hati

Kenali Tanda-Tanda Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan

Anak Hiperaktif - woman online magazine

Kredit :anakhiperaktif

Anak Hiperaktif. Anak anda sangat aktif, ada sahaja yang dibuatnya sehingga menimbulkan kemarahan anda dan suami.

Kenakalannya bukan setakat di rumah, malah turut terbawa-bawa ke sekolah. Di sekolah, cikgu-cikgu turut mengatakan anak anak seorang yang hiperaktif, lasak dan tidak mendengar kata. Anak anda seolah-olah cuba menarik perhatian anda dan suami serta cikgu-cikgu dengan perbuatan nakalnya. Golongan ini dilabelkan sebagai hiperaktif dan pelbagai lagi gelaran yang tidak sedap didengar. Sudah pasti keadaan ini membebankan anda dan suami kerana tidak tahu cara yang tepat untuk mengawal kelasakan anak anda itu.

 

Kurang daya tumpuan (ADD)

  • Attention Deficit Disoreder (ADD) adalah satu tingkah laku kanak-kanak yang menunjukkan mereka kurang daya tumpuan terhadap sesuatu perkara tetapi tanpa hiperaktif.

 

Hiperaktif dan kurang daya tumpuan (ADHD)

  • Sindrom hiperkinetik digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda dan mudah beralih perhatian.

 

Diagnosa

Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) lebih kerap didiagnosis pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan tetapi tidak didiagnosis dengan tepat.

 

Tanda-tanda Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

 Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku dalam tiga kategori utama iaitu di rumah, di sekolah dan sebagainya. Anda boleh memerhatikan tindakan anak dan membuat penilaian.

  1. Hiperaktif

– Kerap mengerakkan tangan, kaki atau tidak senang duduk.

– Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas.

– Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan kebanyakan masa kelihatan kekok.

– Menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap.

– Banyak cakap.

– Sering bergerak cergas seolah-olah tidak penat.

 

  1. Tempoh Tumpuan Yang Singkat

– Sering gagal beri tumpuan teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai semasa membuat kerja sekolah dan aktiviti lain.

– Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah dan kerja harian.

– Kerap alami masalah mengatur tugas dan aktiviti.

– Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan melakukan tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah).

– Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)

– Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain.

– Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

 

  1. Tingkah Laku Impulsif

– Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan.

Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.

– Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.

– Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.

 

Punca Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Apa yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

– Menonton televisyen

– Alah pada makanan

Gula yang berlebihan

– Keadaan hidup yang miskin

– Sekolah bertaraf rendah

 

Rawatan Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

Rawatan berkesan melibatkan pendekatan multidisiplin iaitu bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Terdapat ubat stimulan yang membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Mereka juga dapat belajar menjalin hubungan baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri.Namun begitu ubat stimulan tidak memadai untuk merawat ADHD. Ia perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan supaya mereka mempelajari kemahiran baru, sikap dan tingkah laku yang lebih baik.

<< Ketahui cara merangsang minda anak di sini.

 

 

 

 

Previous post

6 Tips Melebatkan Rambut

Next post

Cara Hias Bilik Tidur Sempit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *