FamiliPermata Hati

Kebaikan & Bahaya Jika Anda Biarkan Bayi Tidur Meniarap

Bayi Tidur Meniarap - Women Online Magazine

Foto:childsleepscience

Pernah tak anda terfikir macam mana cara tidur yang paling selamat untuk bayi anda? Ada yang kata, tidur secara meniarap bagus, tetapi sejauh mana kebenaran itu?

American Academy of Paediatrics berkata, posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara telentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome-SIDS telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Kelebihan Tidur Meniarap

  • Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya.
  • Leher, bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat, sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah.
  • Bagus untuk perkembangan otak bayi.
  • Tidur bayi akan lebih lena dan nyenyak.
  • Dapat mengelakkan bayi dari masalah kembung perut.

Keburukan Tidur Meniarap

  • Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas sempit.
  • Meningkatkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • Apabila bayi tersembam, mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.

Langkah Keselamatan Tidur Meniarap

  • Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
  • Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
  • Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
  • Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
  • Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur.

Info Extra!

Sebahagian daripada ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap. Mungkin mereka memutuskan hukum tersebut berdasarkan hadis di bawah:

Dari Abu Zar RA, beliau mengatakan:

“Suatu hari Nabi s.a.w.  sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap (tidur atas perut). Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Zar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.”

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

*Sebaiknya jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat Ulama yang menghukumkan makruh disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudarat. Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi s.a.w.

<< Ketahui cara merawat bayi demam campak di sini.

 

Previous post

Lebih Awet Muda Dengan Khasiat Jambu Batu

Next post

Ketahui Fungsi Sebenar Asid Amino Buat Tubuh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] Saya rujuk artikel di bawah ini di laman web woman online magazine […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *