Semak 6 Senarai Penting Barang Keperluan Bayi
Kredit Foto: houseofart
Barang Keperluan Bayi. Pengalaman untuk menjadi ‘mummy and daddy-to-be’, pastinya sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Waktu ini banyak barang keperluan bayi yang harus dibeli!
Tanpa perancangan rapi, anda mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya atau tertinggal barangan keperluan bayi yang mesti dibeli. Inilah pentingnya menyemak senarai barangan keperluan bayi.
WOM.my akan memberi panduan kepada anda untuk menyediakan senarai barang keperluan bayi untuk menyambut kedatangan orang baru dalam kehidupan anda suami-isteri. Mungkin senarai ini boleh membantu si ibu sebagai persediaan sebelum kelahiran. Apapun, checklist ini mungkin berbeza dan anda sendiri boleh tambah atau kurangkan item mengikut keperluan.
Waktu Yang Tepat Untuk Menyediakan Barangan Keperluan Bayi
Untuk permulaan anda bolehlah membeli sedikit demi sedikit barang keperluan bayi untuk mengelakkan dari anda terbeban mahu membeli kesemua barang keperluan bayi sekaligus.
Seeloknya usia kandungan anda sudah masuk 7 bulan,semua barangan keperluan bayi ni sudah tersedia. Ini untuk memastikan anda bersedia sekiranya anda perlu bersalin lebih awal dari tempohnya.
1. Pakaian Bayi
Terdapat pelbagai pilihan pakaian bayi baik dari segi warna mahupun design di pasaran. Bagi yang ibu bapa yang pertama kali membeli, pastinya rambang mata untuk memilih pakaian bayi ini. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian yang bersaiz besar iaitu bersaiz enam bulan ke atas.
Jika pakaian yang dibeli kecil, pastinya tempoh pemakaiannya sangat pendek sekaligus menyebabkan berlaku pembaziran. Lagipun, bayi cepat membesar. Pakaian asas terdiri daripada:
- Baju lengan pendek.
- Baju lengan panjang.
- Seluar pendek.
- Seluar panjang.
- Barut.
- Sarung kaki.
- Sarung tangan.
- Kain bedung.
- Topi.
Baca Juga: Kain Bedung Yang Bagus
2. Lampin Bayi
Anda boleh juga memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Namun,kebanyakan ibu bapa mulai peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Menariknya,lampin kain moden ini juga boleh menjimatkan duit anda kerana jangka masa lampin moden ini boleh dipakai adalah selama tiga tahun.
Lampin kain moden dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif. Sebagai permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya mahukan anak anda menggunakan lampin pakai buang,memadai anda membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Berikut adalah kelengkapan lampin yang perlu disediakan.
- Lampin pakaian buang atau lampin kain moden.
- Pelapik lampin (sekiranya anda menggunakan lampin kain moden).
- Tisu basah.
- Alas atau pelapik untuk menukar lampin.
- Diaper beg (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah).
Set mandian juga termasuk dalam senarai barangan keperluan bayi yang anda perlu sediakan. Kulit bayi sangat sensitif. Oleh itu, anda disarankan agar membeli pek percubaan untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Sekiranya sesuai, barulah anda membeli pek yang lebih besar.
Set mandian bayi yang perlu anda beli ialah:
- Besen mandi bayi.
- Tuala mandi.
- Tuala muka.
- Cecair mandian.
- Syampu.
4. Set Penjagaan Bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih,wangi dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Antaranya ialah
- Losen bayi.
- Minyak bayi.
- Bedak bayi.
- Sikat atau berus rambut.
- Minyak telon.
- Alat pemotong kuku.
- Kapas muka.
- Krim ruam lampin.
Baca Juga: Tips Elak Bayi Kembung
5. Kelengkapan Tidur Bayi
Kelengkapan bayi ketika tidur juga perlu dititikberatkan kerana ikatan ibu dengan anak lebih kuat kerana si ibu akan tidur bersama bayi ketika proses penyusuan terutamanya pada waktu malam. Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
- Tilam.
- Bantal kepala.
- Bantal peluk.
- Cadar.
- Selimut
- Katil Bayi.
- Kelambu Bayi.
- Nursing Pillow.
6. Set Penyusuan bayi
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka kerana ia dapat mencegah pelbagai penyakit pada bayi. Namun anda juga boleh memilih samada ingin memberikan bayi anda minum susu ibu ataupun susu formula. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
- Breastpump (manual / bateri / elektrik).
- Bekas penyimpanan susu ibu.
- Beg pendingin.
- Nursing cover.
Penyusuan susu formula:
- Botol susu bebas BPA.
- Puting botol susu.
- Berus botol.
- Bekas untuk menyimpan susu formula.
- Bekas menyimpan air panas.
- Bekas menyimpan air kosong.
- Alat steril botol susu.
Baca Juga: Cara Betul Membersihkan Botol Susu
INFO EKSTRA
Kelengkapan ke Hospital
- Kad Lawatan Hospital/Buku Merah
- Kad Pengenalan
- Telefon Bimbit
- Baju/Blouses
- Stokin
- Kain Batik
- Baju/Seluar Dalam
- Peralatan Mandi
- Tuala Mandi
- Maternity Pad/Pad Biasa
- Selipar
- Minyak Angin
- Makanan/Minuman
- Termos Air Panas
- Bag Plastik (untuk pakaian yang telah digunakan)
- Baju Sejuk (Sweater)
- Sikat
- Breast Pad (menghindarkan baju basah akibat susu badan yang meleleh)
- Nursing Bra
- Nursing Blouse
Kesimpulan
Pastikan barangan keperluan bayi yang bakal anda beli itu adalah mengikut kemampuan kewangan anda.Elakkan pembaziran dan barangan yang tidak perlu dan jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Pastikan botol susu yang menjadi pilihan anda bebas daripada racun kimia. Baca di sini.
No Comment