Ketahui 4 Kesalahan Yang Biasa Terjadi Dalam Mendidik Anak
Kredit : femalova
Cara Didik Anak Berbeza-Beza Pada Setiap Orang. Setiap ibubapa pasti mempunyai cara yang berbeza dalam mendidik anak-anak.
Namun, tanpa disedari ada banyak kesalahan yang telah anda dan suami lakukan dalam membentuk, mengajar serta mendidik anak-anak dalam kehidupan seharian.
Berikut beberapa kesalahan cara didik anak yang sering dilakukan oleh kaum ibubapa tanpa disedari.
Mendisiplinkan sering dijadikan alasan untuk mendidik anak-anak. Disiplin memang penting, tetapi janganlah terlalu ketat dan kasar sehingga boleh membuatkan anak-anak berasa benci dengan kedua ibubapanya. Anda disarankan tidak mencipta sebarang mimpi buruk pada anak anda yang sedang membesar!
2. Terlalu Banyak Memuji
Untuk membentuk jati diri anak dengan cara yang sihat, anda seharusnya tidak terlalu banyak memuji anak. Jika anda terlalu banyak memujinya, anak-anak anda akan membesar atau dewasa dengan sikap ego, bongkak dan sentiasa perasan bagus!
3. Manja Yang Berlebihan
Terlalu memanjakan anak boleh membuatkan anak menjadi seorang yang pemalas untuk berusaha.Daripada anda terus memanjakannya, ada baiknya anda mempersiapkan anak anda untuk menghadapi realiti kehidupan hari ini yang serba serbinya mencabar.
4. Mengabaikan Keperluan Anak
Mengabaikan keperluan fizikal dan emosional anak boleh membuatkan mereka berasa kesepian atau keseorangan. Biasanya ibubapa yang bekerja sering terlupa bahawa anak-anak juga memerlukan kasih sayang dan perhatian, bukan setakat material yang ditabur!
<< Ketahui penyebab anak susah makan dan cara untuk mengatasinya di sini.
No Comment