Ketahui Cara Mudah Supaya Bayi Anda Cepat Tidur
Kredit : turnbacktogod
Bayi yang baru lahir mempunyai masa tidur yang berbeza daripada orang dewasa. Lagipun bayi yang baru lahir belum mampu untuk membezakan antara malam dan siang. Jadi, bayi akan bangun dan tidur mengikut kemahuannya. Tak kira kita sedang sibuk, penat ataupun tidak!
Biasanya bayi yang baru lahir memerlukan 16 jam untuk tidur dalam sehari semalam dengan tiga atau empat jam per sesi. Ketika usianya menginjak tiga bulan, tidur pada malam hari biasanya dapat mencecah lima jam per sesi.Manakala pada usia enam bulan pula, tidur bayi anda boleh menghabiskan waktu tidur pada malam harinya antara sembilan sampai 12 jam.Membiasakan jadual tidur secara bertahap dapat membantu bayi anda membiasakan waktu tidurnya.
Berikut beberapa cara mudah yang perlu dilakukan agar bayi anda cepat tidur. Tempat tidur yang selesa juga menjadi penentu agar si bayi cepat tidur dengan selesa dan nyenyak. Memasang lampu redup juga akan membuat si bayi lebih mudah tertidur dan ia dikatakan baik untuk kesihatan bayi.
Agar bayi anda menjadi lebih mudah untuk tidur, cara pertama yang perlu diperhatikan dan diterapkan adalah mengatur waktu tidurnya secara konsisten. Ia akan membuat bayi anda memiliki waktu tidur yang teratur dan menjadikannya lebih mudah untuk cepat terlelap.
- Jauhkan Bayi Daripada Gadget
Bukan hanya orang dewasa sahaja yang perlu dijauhkan daripada gadget ketika ingin tidur nyenyak dan berkualiti.Bayi anda juga memerlukan hal yang sama. Agar bayi lebih mudah dan cepat tertidur, pastikan untuk menjauhkannya dari gadget ataupun benda elektronik lainnya. Gelombang frekuensi dari benda-benda elektronik dikatakan boleh mengganggu konsentrasi seseorang sebelum tidur termasuk konsentrasi bayi.
Pastikan anda memakaikan bayi anda dengan pakaian yang selesa. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat atau sendat.Sebaiknya, pakailah baju tidur khas untuk bayi anda. Pastikan juga pakaian tersebut sentiasa kering dan tidak lembab, walapun dibasahi dengan peluhnya.
- Dodoikan
Cara tidurkan bayi dengan mudah, cuba dodoikan bayi anda.Sambil mendodoikannya dengan penuh kasih sayang, anda boleh menyanyi,membaca buku-buku cerita ataupun berzikir.Sudah pasti bayi anda akan berasa lebih tenang dan seronok.
Tidur dengan perut kosong atau ketika sedang lapar boleh membuatkan bayi anda berasa tidak selesa.Untuk membantun bayi anda agar lebih mudah dan cepat tertidur, usahakan agar bayi anda selalu dalam keadaan kenyang. Jangan ragu-ragu untuk memberikannya susu sebelum dia tidur.
- Peluklah Bayi Anda
Ketika berada di pelukan dan dakapan papa atau mamanya, bayi akan seorang berasa lebih tenang dan bahagia.Jadi, jika anda mahu bayi anda cepat tidur, pastikan anda menemaninya dan berada di sampingnya ketika hendak tidur. Jika bayi anda mengamuk atau menangis, pastikan anda memeluk dan menggendongnya.Cara ini akan mempermudahkan bayi anda untuk tidur.
<< Ketahui punca dan cara merawat jika bayi anda berak berdarah di sini.
No Comment