FamiliPerkahwinan

Cari Pasangan Hidup: Suami Soleh & Penyayang Idaman Semua Wanita!

Cari Pasangan Hidup - Women Online magazine

Foto: jordankranda

Memilih seorang lelaki untuk menjadi suami atau pasangan hidup tidak boleh dilakukan secara instan. Ini adalah kerana tidak semua lelaki itu layak untuk dijadikan teman seumur hidup. Jadi,sebab itulah anda harus bijak cari pasangan hidup!

Memilih pasangan hidup atau lelaki yang tidak tepat hanya akan membuatkan perkahwinan anda menjadi tidak bahagia. Bahkan potensi anda untuk mengalami keganasan dalam rumahtangga juga besar jika memilih lelaki yang salah. Jadi, tidak mustahil kesudahannya nanti anda akan memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan tersebut dengan penceraian.

Sebagai wanita, anda tentunya tidak mahu terjebak dengan lelaki yang salah. Anda perlu cari dan kenal ciri-ciri lelaki yang layak untuk dijadikan suami ataupun pasangan hidup.

1. Soleh

Perkara yang pertama dilihat dari seorang lelaki yang akan dijadikan suami atau pasangan hidup ialah  keimanannya. Pilihlah lelaki yang soleh supaya dia boleh membimbing anda dan anak-anak anda dalam urusan agama.

2. Penyayang

Lelaki yang penyayang biasanya akan mudah mesra dengan kanak-kanak kecil dan juga keluarga.Cuba lihat  bagaimana calon pasangan hidup anda   berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil atau keluarga anda.Jika si dia boleh cepat mesra dan kelihatan amat menyenangi kanak-kanak, itu bermakna si dia adalah calon pasangan hidup yang anda cari selama ini.

3. Sopan

Lelaki yang layak dijadikan suami atau pasangan hidup adalah lelaki yang  boleh bersikap sopan terhadap semua orang. Jika calon pasangan anda ini boleh bersikap sopan kepada orang lain, si dia juga pasti akan menghormati anda sebagai seorang isterinya nanti.

4. Penyabar

Si dia selalu bersikap tenang dalam menghadapi masalah sepanjang hubungan anda berdua.Biarpun anda sering buat perangai atau memarahinya, namun si dia tetap setia kepada anda.Lelaki dengan sifat penyabar seperti ini memang layak untuk dijadikan pasangan hidup. Jangan sia-siakan si dia!

5. Tidak Berlagak & Sombong

Ketika mencari calon suami atau pasangan hidup, pilihlah lelaki yang tidak memiliki sifat berlagak dan sombong. Lelaki yang tidak berlagak dan sombong pasti akan menerima keluarga anda apa adanya. Bahkan dengan karakter sederhana seperti itu, si dia pasti mempunyai sifat yang lebih dewasa dan ramah.

6. Jujur & Setia

Dalam menjalin sebuah perhubungan, kejujuran dan kesetiaan adalah perkara yang sangat penting. Jadi, carilah pasangan hidup dari lelaki yang jujur dan setia. Berkahwin dengan lelaki yang jujur dan setia akan membuatkan kehidupan anda menjadi lebih tenang. Anda tidak perlu bimbang kerana si dia pasti tidak akan curang!

7. Bertanggungjawab

Lelaki yang layak dicari dan dibuat pasangan hidup tentu sahaja yang mempunyai karakter bertanggungjawab. Ini adalah kerana suami merupakan pemimpin keluarga yang akan banyak memikul tanggungjawab.

<< Ketahui apa yang menyebabkan wanita menjadi curang di sini.

 

Previous post

7 Tips Tudung Pashmina Yang Boleh Anda Gayakan

Next post

Kenali Dengan Jelas Tanda-Tanda Kanser Payudara

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *