AsmaraFamili

Apa Yang Wajib Anda Ketahui Tentang ‘Ghairah Asmara’ Wanita Setelah Menopause…

ghairah asmara - woman online magazine

Kredit : tinypic

Ketika wanita memasuki usia menopause secara automatik wanita akan mengalami penurunan jumlah kadar hormon estrogen dalam darah.Menopause turut membuatkan perjalanan haid atau period wanita tersebut terhenti buat selama-lamanya!

 

Ketika menghampiri saat menopause, ramai wanita yang berasa bingung dengan khabar-khabar angin yang berkaitan dengan ghairah asmara mereka. Sebelum ianya terus menganggu dan menjadi igauan ngeri, ada baiknya anda mengetahui beberapa perkara yang berkaitan dengan ghairah asmara wanita yang menopause ini. Bahkan ia bukan mitos, sebaliknya benar-benar bakal ditempuhi oleh wanita setelah menopause.

Berikut beberapa fakta tentang ghairah asmara wanita setelah menopause:

  1. Cara Anda Menilai Diri Sendiri Mula Berubah

Banyak perubahan yang akan terjadi sepanjang anda menopause. Ianya bukan sekadar bersifat fizikal, tetapi juga mental. Menopause boleh membuatkan anda mengubah cara anda menilai diri sendiri, termasuklah tentang bentuk tubuh, ghairah asmara anda dan suami serta harga diri anda.

  1. Vagina Mula Berubah

Salah satu masalah yang menganggu ghairah asmara setelah menopause iaitu, menurunnya kadar estrogen yang boleh menyebabkan penipisan dinding vagina.Menipisnya dinding vagina ditambah lagi dengan kekurangan cecair pelincir boleh menjadi perkara yang menyakitkan. Jika anda mengalami perkara tersebut, sebaiknya berjumlah dengan doktor sakit puan supaya anda boleh mendapatkan terapi atau krim estrogen.

  1. Kekeringan Vagina

Salah satu realiti ghairah asmara yang terpaksa anda lalui setelah menopause adalah kekeringan vagina.Keadaan ini sering terjadi pada hampir semua wanita. Untuk kehidupan seks atau ghairah asmara yang sihat dan selesa setelah menopause, pengambilan krim pelincir adalah kuncinya.Jika anda belum pernah menggunakannya, jangan segan-segan untuk menggunakannya ok!

  1. Ghairah Asmara Anda Boleh Jadi Naik Atau Turun!

Menopause akan memberi efek berbeza bagi setiap wanita. Ada di antara wanita yang merasakan ghairah asmaranya menurun, tetapi anda juga wanita yang merasakan ghairah asmaranya cukup hebat, bahkan semakin meningkat!Setelah menopause, kebanyakan wanita masih ingin melakukan hubungan seks, tetapi mereka mahukan yang jauh lebih intim lagi.Untuk mendapat ghairah asmara yang lebih intim, foreplay si suami harus dimulakan pada pagi hari dengan ciuman, tepukan lembut di belakang, menyentuh tangan, atau membisikkan sesuatu yang menyenangkan ketika hari hampir siang. Tindakan ini akan memperbesar lagi keinginan isteri untuk melakukan hubungan seks serta mendorong gairah asmaranya. Anda dan suami boleh menghabiskan lebih banyak waktu untuk mencurahkan perhatian dan menikmati pengalaman seksual tersebut sepenuhnya.

  1. Tetap Berisiko Terkena Penyakit Menular Seksual (PMS)

Ramai wanita menopause tidak sedar bahawa mereka masih berisiko terkena HIV atau penyakit menular seksual lainnya, sehingga tidak berminat menggunakan kondom. Mereka beranggapan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan risiko kehamilan. Tetapi, perkara ini boleh menyebabkan meningkatnya insiden HIV pada golongan usia 50 tahun ke atas.

Kesimpulan

Penilaian kehidupan seks setelah menopause, sama ada baik atau tidak sebenarnya boleh dilihat melalui kehidupan seks atau ghairah asmara sebelum menopause. Wanita yang bahagia dengan kehidupan seks pra-menopause, biasanya akan lebih mempertahankan kepuasan hubungan seksnya setelah mereka menopause.

<< Ketahui cara mudah meningkatkan nafsu wanita di sini.

Previous post

Cara Mudah Hilangkan Stress Dengan 8 Makanan Yang Boleh Melangsingkan Tubuh

Next post

Buah-Buahan Untuk Ibu Mengandung Yang Bagus Bagi Perkembangan Janin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *