Kelas Tambahan : “Pengaturcaraan” Fertiliti (SIRI PERTAMA)
Kredit Foto: sinkkuranneke
Hubungan Seks Suami Isteri. Hari ini, kita tinggal di persekitaran yang canggih dan teratur. Banyak aktiviti harian kita telahpun ‘diprogram’ atau diaturcara.
Setiap hari kita dikejutkan oleh lagu ringtone telefon bimbit, kita kemudian bergegas bersiap-sedia menaiki kenderaan ke lebuhraya dengan harapan dapat melepasi kesesakan jalanraya, minum kopi sambil memandu kenderaan dan sampai ke tempat kerja tepat pada masanya.
Di sebelah petang selepas kerja, kita bergegas kembali ke jalan raya, sekali lagi berperang dengan kesesakan jalan raya. Jika bernasib baik dapat sampai ke rumah sebelum matahari terbenam. Kemudian kita akan makan malam sambil menonton TV atau melayari facebook. Kita juga, tanpa disedari, mengaturcara masa-masa tertentu untuk berinteraksi dengan orang lain. Sekali pandang, kita semua sudah diaturcara dengan begitu teliti.
Sebagai manusia, kita sentiasa berubah. Perubahan berlaku mengikut usia kita. Kita memerlukan ‘pengaturcaraan’ atau “programming language” yang berbeza semasa berumur 10,20 ataupun 30 tahun. Apabila tiba pada satu tahap dalam hidup kita, kita akan bertemu dengan ‘perisian’ atau “software” yang sesuai untuk dimuatnaik kedalam ‘hardisk’ kita yang semakin berkembang saiznya. ‘Perisian’ itu dikenali sebagai teman hidup ( suami / isteri). Apabila ini berlaku, satu lagi ‘perisian’ akan mula mengetuk pintu rumah , iaitu ‘perisian’ yang dipanggil cahaya mata.
Bagaimana kita hendak membina ‘perisian’ yang dikenali sebagai cahaya mata itu?
Soalan yang sepatutnya ditanya adalah : “Apakah kita mempunyai cukup informasi ‘pengaturcaraan’ atau “programming skill” untuk membina perisian ini?”
Banyak diantara kita tidak sedar bahawa kepakaran ‘pengaturcaraan’ fertiliti ini perlu dipupuk.Tidak seperti kepakaran lain, ‘pengaturcaraan’ fertiliti tidak lagi berguna apabila wanita mencapai peringkat umur tertentu.
Banyak ‘perkakasan’ atau “hardware” ( iaitu anda dan pasangan anda) sukar untuk mendapat ‘perisian’ yang dikenali sebagai cahaya mata itu. Ini adalah masalah sejagat. Tetapi anda mungkin dapat mengelak dari terjebat dalam masalah ini kerana kami akan memberikan anda tuisyen dalam ‘pergaturcaraan’ fertiliti.
‘Pengaturcaraan’ fertiliti berbeza bagi seorang lelaki berbanding dengan seorang wanita.
Jom, kita mula tuisyen sekarang….
1. Berapa lamakah harus saya ‘pantang’ sebelum melakukan hubungan seks?
Tidak terlalu lama! Anda harus melakukan hubungan seks 2-3 kali seminggu semasa waktu subur isteri dan selang 1-2 hari semasa waktu ovulasi. Pantang selama 10 hari akan mengurangkan kualiti sperma anda.
2. Bolehkah obesiti menganggu fertiliti saya?
Ya, ia boleh. Obesiti (BMI > 30kg/m2) boleh mengurangkan penghasilan sperma. Fakta ini telah pun dibuktikan oleh kajian saintifik. Anda perlu berusaha untuk mendaatkan BMI diantara 19-24 kg/m2. Ini bermakna anda perlu mengurangkan kunjungan ke kedai ‘mamak’ kesukaan anda!
3. Saya merokok, jadi bagaimana?
Berhenti merokok! Merokok akan mengurangkan kualiti sperma. Kualiti sperma akan meningkat apabila anda berhenti merokok, tidak kira berapa lama anda sudah menjadi perokok. Merokok juga akan mengurangkan peluang mengandung apabila anda menjalani rawatan ‘bayi tabung uji’ atau ‘IVF’.
4. Pentingkah jenis seluar dalam yang saya pakai?
Ya, ia mungkin penting untuk menigkatkan fertiliti anda. Kajian menunjukkan bahawa memakai seluar dalam jenis ‘brief’ mungkin akan meninggikan suhu skrotum (kulit yang menutupi testis) dan ia mengurangkan penghasilan sperma. Jadi, memakai seluar dalam jenis ‘boxer’ mungkin jawapannya. Selain itu, anda juga perlu mengelakkan aktiviti yang meninggikan suhu skrotum seperti berendam air panas dan juga elak dari menggunakan komputer riba di atas riba anda. Jika anda bekerja di suasana pejabat dimana anda duduk untuk jangkamasa yang lama, anda disarankan supaya berjalan selepas lama duduk. Nasihat ini juga akan membantu konsentrasi anda dalam kerja harian.
5. Bolehkah apa yang saya makan mengganggu kualiti sperma saya?
Memang boleh. Ada beberapa ubat yang dimakan untuk penyakit atau tujuan lain boleh mengganggu kualiti sperma.
a) Testosterone : Ubat testosterone (hormon lelaki) boleh mengurangkan paras testosterone asal dalam badan. Ini akan sebenarnya mengurangkan penghasilan sperma.
b) Ubat steroid anabolik: Ubat ini biasanya digunakan untuk membina otot badan dan juga mengurangkan lemak. Ia digunakan oleh segelintir atlit bukan kompetitive. Ubat ini boleh mengurangkan penghasilan sperma.
c) Alkohol: Pengambilan alkohol berlebihan boleh mengurangkan paras testosterone dalam badan, menigkatkan penyinkiran testosterone keluar dari badan dan meninggikan paras hormon estrogen (hormone wanita) dalam badan lelaki. Jadi, lelaki yang meminum alkohol yang berlebihan harus berfikir untuk mengurangkannya. Untuk pasangan yang menjalani rawatan IVF, bagi setiap unit alkohol yang pasangan lelaki minum, risiko untuk kehamilan yang tidak berjaya meningkat 2 hingga 8 kali!
d) Marijuana: Ia boleh mengurangkan penghasilan sperma dan juga mengurangkan nafsu.
e) Narcotik / Ubat penahan sakit : Ubat ini biasanya digunakan oleh doktor bedah sebagai ubat penahan sakit selepas pembedahan. Penggunaan ubat ini untuk jangka masa panjang boleh mengurangkan paras testosterone dalam badan dan sekaligus mengurangkan penghasilan sperma. Anda perlu berbincang dengan doktor jika anda mengambil ubat ini dan susah untuk mendapatkan zuriat.
f) ‘5 alpha reductase inhibitor’ : Contoh ubat dalam kumpulan ini adalah seperti Finasteride dan Dutaseride. Ia digunakan untuk mengubati keguguran rambut dan juga pembesaran organ prostate. Ubat ini boleh mengurangkan penghasilan sperma. Walaubagaimanapun, kesan negatif ini dapat diterbalikkan apabila anda berhentikan ubat ini.
g) ‘Selective serotonin Reuptake Inhibitor’ (SSRI): Ubat ini biasanya digunakan untuk merawat penyakit ‘kemurungan’ dan ‘kebimbangan; atau ‘anxiety’. Ubat ini dapat mengurangkan pergerakan sperma.
h) Ketokonazole: Ini adalah ubat untuk merawat jangkita kulat (‘fungus’). Biasanya ubat ini tidak memberi kesan negative ke atas sperma jika digunakan sebagai krim kulit. Apabila ia digunakan sebagai pil, ia boleh mengurangkan paras testosterone dan mengurangkan penghasilan sperma.Ubat-ubatan lain yang dapat memberi kesan negatif ke atas sperma adalah seperti ‘nifedipine’ dan ‘spironolactone’ (ubat darah tinggi), ‘cimetidine’ (ubat gastrik), ‘sulfasalazine’ ( ubat untuk merawat arthritis) dan ‘colchicine’ ( ubat gaut).
i) Pengambilan soya: Anda perlu kurangkan pengambilan soya kerana kajian menunjukkan pengambilan soya yang berlebihan boleh mengurangkan penghasilan sperma. Jika anda fikir anda selamat kerana tidak makan tofu , anda salah! Ini kerana soya juga terkandung dalam banyak makanan lain seperti ‘daging buatan’, bar peningkat tenaga (energy bar) dan minuman kesihatan. Kesan negatifnya adalah lebih kuat jika anda seorang yang gemuk.
6. Apakah makanan atau suplemen yang dapat meningkatkan fertiliti saya?
Ubat ‘anti-oxidant’ terbukti dapat meningkatkan kuantiti, pergerakan dan bentuk normal sperma. Anti-oxidant adalah bahan dalam badan yang dapat mengurangkan kerosakan sel akibat ‘free radical’. ‘Free radical’ terbentuk dalam badan kita secara semulajadi. Sperma juga adalah salah satu jenis sel dalam badan kita. Anti-oxidant dapat mengurangkan jumlah sperma dengan kerosakan DNA. Contoh anti-oxidant adalah seperti zat zink ( tiram, ketam, daging merah), selenium (kacang Brazil, tuna, daging lembu, ayam), Vitamin C ( kebanyakan buah dan sayuran), Vitamin E ( kacang, sayuran berdaun), Co-enzyme Q ( salmon, tuna, daging lembu).
7. Adakah kesihatan gigi saya penting untuk fertiliti?
Tahukah anda bahawa kesihatan gigi berkaitan dengan fertiliti anda?! Kajian yang dijalankan keatas lelaki yang mempunyai kekurangan sperma, mendapati bahawa lelaki yang menjalani rawatan gigi meningkatkan jumlah sperma mereka berbanding dengan lelaki yang tidak mendapatkan rawatan gigi.
Artikel ditulis oleh:
Dr.A.Agilan MRCOG & Dr.S.Selva FRCOG
<< Ingin menikmati seks hebat suami isteri? Baca di sini.
No Comment