Kelas Tambahan : “Pengaturcaraan” Fertiliti (SIRI KEDUA -AKHIR)
Foto: wallpath
WANITA
1.Bilakah masa subur saya?
Perkara paling penting seseorang wanita perlu lakukan adalah mengetahui masa suburnya. Tidak berbaloi jika anda ‘tembak di dalam kegelapan’ di masa yang kurang tepat, anda fahamkan?
Masa subur adalah masa dimana seseorang wanita mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk mengandung. Jangka masanya adalah 6 hari berakhir pada hari anda ovulasi. Biasanya, ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid seterusnya. Jadi bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke-14 haid (hari pertama dikira pada hari berlaku perdarahan haid).
2. Bagaimanakah saya tahu saya akan / sudah ovulasi?
Mengetahui masa ovulasi (proses dimana telur di dalam ovari anda menetas keluar) akan memberikan anda panduan untuk masa yang sesuai untuk mengadakan hubungan seks.
Cara-cara anda dapat mengetahui yang anda akan ovulasi adalah :
a) Perubahan pada cairan serviks : Cairan dari serviks dan vagina akan meningkat 5 atau 6 hari sebelum ovulasi. Ia akan mencapai tahap tertinggi 2 hingga 3 hari sebelum ovulasi. Apabila anda menhampiri ovulasi, cairan ini akan menjadi lebih kental, nampak seperti bahagian putih telur. Ia juga akan menjadi lebih melekit diantara jejari anda. Kaedah ini lebih mudah untuk dibuat dan anda juga dapat mengenali diri anda .
b) Suhu badab basal: Suhu badan anda akan meningkat sebanyak 0.1 hingga 0.2 celsius apabila anda sudah ovulasi. Anda perlu memeriksa suhu badan pada waktu yang sama setiap hari sebelum anda bangun dari katil. Jika suhu badan anda meningkat, ia menunjukkan anda SUDAH OVULASI. Jadi kaedah ini akan menunjukkan ovulasi sudah berlaku.
c) Ujian air kencing: Terdapat ujian air kencing komersial yang dapat memberitahu anda bilakah kemungkinan hari ovulasi anda. Ujian ini mengukur paras hormone “Luteinizing Hormone” (LH) dalam air kencing. LH membantu ovulasi. Paras LH dalam badan memuncak lebih kurang 2 hari sebelum ovulasi. Apabila ujian ini positive, ia bererti anda mungkin akan ovulasi 2 hari akan datang.
d) Tanda-tanda lain:
i) Peningkatan nafsu: Ini adalah cara alam semulajadi memberitahu anda , “ Hey, dah tiba masa untuk mengadakan hubungan seks”. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat bahawa nafsu boleh meningkat disebabkan faktor lain.
ii) Pembengkakan payu dara: Biasanya ia berlaku sebelum ovulasi, tetapi ia juga boleh berlaku pada masa yang berlainan seperti sebelum haid.
iii) Kedudukan serviks : Serviks juga dikenali sebagai pangkal rahim. Pada waktu bukan subur, serviks biasanya senang untuk dirasai melalui vagina, ianya tertutup dan pejal. Semasa waktu subur, serviks akan naik ke atas lebih tinggi, terbuka dan lebih lembut. Untuk menyenangkan anda, ada yang mengatakan bahawa serviks sekeras hidung anda semasa bukan subur dan selembut bibir anda semasa subur. Anda perlu mencari kedudukan yang selesa untuk anda sebelum melakukan pemeriksaan serviks 9contohnya dudk mencangkung), kemudian masukkan jari anda yang bersih ke dalam vagina.
3. Bagaiman dengan kesihatan saya sebelum hamil?
Anda perlu pastikan bahawa badan anda sihat secukupnya sebelum hamil. Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi, pastikan ianya dikawal dengan baik. Jika masalah kesihatan tidak terkawal, ia bukan sahaja merumitkan anda untuk hamil tetapi ia juga memberikan banyak komplikasi semasa hamil.
4. Adakah saya gemuk atau terlalu kurus untuk hamil?
Anda harus mencapai BMI (Body Mass Index) yang ideal iaitu kurang dari 24kg/m2, jika boleh. Obesiti (kegemukan) akan memberi kesan negatif ke atas fertiliti. Obesiti akan menhasilkan lebih banyak hormone wanita (estrogen) di dalam badan anda, sekaligus megelirukan ovari yang mengawal kitaran haid. Jika anda terlalu kurus (BMI < 18 kg/m2), ia akan menganggu penghasilan sel telur dalam ovari.
5. Apakah yang saya perlu / tidak perlu makan untuk meningkatkan fertiliti saya?
Anda harus makan vitamin pra-kehamilan seperti asid folik, vitamin B12 dan selenium. Kajian menunjukkan ia dapat mengandakan peluang anda untuk hamil. Vitamin lain seperti Vitamin C dan E, juga dikenali sebagai anti-oxidant, akan dapat mengurangkan ‘free radical’ dalam badan dan meningkatkan fertiliti anda. Cuba untuk meminum air yang secukupnya setiap hari ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Air yang secukupnya membantu menjaga cairan serviks. Cairan serviks adalh bahan pengangkut sperma masuk kedalam rahim. Air yang secukupnya juga memastikan cukup aliran darah ke lapisan dalam rahim.
Satu lagi perubahan cara hidup yang lebih sukar untuk dilakukan adalah mengurangkan makanan anda. Anda perlu mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi,roti). Karbohidrat akan meninggikan paras insulin dalam darah dengan cepat dan fenomena ini memberikan kesan negatif keatas telur yang tumbuh dalam ovari. Anda juga harus mengurangkan meminum kopi (kafein). Satu gelas kopi sehari dapat mengurangkan peluang anda untuk hamil. Makanan yang mengandungi Merkuri ( makanan laut seperti jerung,ikan todak, ‘king macarel’) akan mengurangkan fertiliti anda.
6. Saya merokok, jadi bagaimana?
Anda harus berhenti merokok. Fertiliti perokok wanita adalah 30% lebih rendah dari bukan perokok. toksin dalam rokok dapat meningkatkan ‘free radical’ dalam badan. Merokok juga dapat menhalang janin dari melekat didalam rahim. Selain itu, berhenti merokok juga dapat meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh. Apabila kesihatan keseluruhan anda meningkat, peluang kehamilan anda akan meningkat.
7. Berapa lamakah harus saya tunggu?
Kadang kala, memberikan lebih masa sudah cukup memadai bagi anda. Secara am, 80% wanita hamil selepas cuba untuk setahun. Jika diberi masa selama 2 tahun, pelung kehamilan meningkat ke 90%. Walaubagaimanapun, peluang kehamilan menurun bagi wanita dan juga lelaki yang sudah berumur. Bagi seseorang wanita, peluang kehamilan menurun dengan mendadak selepas umur 35 tahun, walaupun dengan teknik IVF. Peluang kehamilan wanita paling tinggi semasa berumur 20-an.
8. Adakah senaman membantu?
Ya, tetapi senaman yang berlebihan boleh meningkatkan penghasilan ‘free radical’ dalam badan yang dapat memberi kesan negatif kepada fertiliti anda. Senaman yang secukupnya memberhentikan badan dari penghasilan insulin yang berlebihan dimana fenomena ini dianggap memberikan kesan negatif kepada telur didalam ovari.
9. Apakah seks yang secukupnya?
Malangnya tiada jawapan yang betul untuk soalan ini. Secara logik, lebih banyak lebih bagus. tetapi meningkatkan frekuensi seks sekitar waktu ovulasi dapat meningkatkan peluang kehamilan anda.
10. Adakah posisi seks memberi kesan ke atas fertiliti?
Ini adalah soalan cepu emas! Selalu ditanya oleh semua orang. Kajian tidak menyokong anggapan bahawa posisi seks meningkatkan peluang kehamilan. Berehat diatas katil selepas seks juga tidak meningkatkan peluang kehamilan. Tetapi, penggunaan beberapa jenis ‘pelincir’ seks dapat mengurangkan peluang kehamilan disebabkan bahan toksin yang terkandung di dalamnya.
Ok, tuisyen untuk hari ini sudah berakhir. Harap anda semua dapat buat ulangkaji dan kita jumpa lagi !
Artikel ditulis oleh:
Dr.A.Agilan MRCOG & Dr.S.Selva FRCOG
<< Ingin menikmati seks hebat suami isteri? Baca di sini.
No Comment