5 Petanda Si Dia Mula Main Kayu Tiga!
Kredit foto: norwegiandating
Main Kayu Tiga. Kekasih atau pasangan anda main kayu tiga? Jom kenali ciri-ciri pasangan anda main kayu tiga!
Setiap hari pasti pasti ada sahaja kes-kes perceraian yang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin kedengaran . Tidak kira ia melibatkan pasangan selebriti mahupun pasangan yang hidup biasa dan makan gaji.
Rata-rata punca perceraian yang melanda di negara ini ialah kerana pasangan hidup ( kebanyakannya lelaki) main kayu tiga di belakang pengetahuan pasangannya. Jika pasangan itu tidak bercerai sekalipun, ia akan membuat rumah tangga akan ditimpa badai yang besar.
Pasangan bermain kayu tiga ialah apabila pasangan itu curang dan mencintai orang lain dengan tanpa pengetahuan pasangan hidupnya.
Bagi mengelakkan pasangan anda terus curang sehingga boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, pastikan tanda-tanda awal pasangan sudah mula bermain tiga dengan anda.
Antara tanda pasangan sudah mula bermain kayu tiga ialah:
1. Mula Mengabaikan Anda
Si dia tidak lagi tertawa bersama ada. Bahkan lebih sering menunjukkan wajah seriusnya dan mungkin dia akan mengalami ‘bad mood'. Saat berbual bersama, si dia juga bersikap acuh tak acuh dan enggan menatap mata anda.
Sebaliknya lebih tertarik dengan perkara-perkara lain dan mengalihkan matanya daripada memandang mata anda. Ini adalah salah satu petanda si dia sedang menyembunyikan sesuatu dan tidak ingin anda ‘membaca’ kebohongan yang terlihat dalam matanya.
Si dia juga sudah tidak seperti dahulu…. tidak akan ambil tahu apa yang anda buat di pejabat, ketika rehat mahupun apa yang anda buat di rumah. Awas! Ini adalah antara tanda-tanda awal pasangan anda sudah mula bermain kayu tiga dengan anda.
2. Kerap Keluar Rumah
Ini juga salah satu tanda pasangan anda bermain kayu tiga dengan anda. Tidak salah jika pasangan anda kadang kala untuk keluar rumah untuk merehatkan minda dan berjumpa rakan-rakan mereka, itu adalah perkara lumrah. Tambahan bagi lelaki yang sudah berkahwin, mereka perlukan ruang untuk bersendirian seketika.
Namun, jika pasangan anda kerap kali keluar rumah dengan alasan untuk berjumpa rakan-rakan, seeloknya anda selidik gerak geri dan tingkah laku pasangan anda.
Apatah lagi, jika pasangan anda keluar dengan memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang bergaya seperti keluar bersama-sama dengan anda ketika sebelum dan awal perkahwinan anda bersama dengan dia.
Baca Juga: Lelaki Panas Baran
3. Telefon Bimbit Sentiasa di Tangan
Ya, inilah antara tanda yang sering kita dapat lihat bagi pasangan yang bermain kayu tiga. Jika dahulu apabila sudah sampai di rumah, dia pasti kurang bermain dengan telefon bimbitnya, malah langsung tidak menyentuh telefon kerana ingin menghabiskan masa dengan rumah dengan melakukakan aktivit-aktivit lain.
Namun, berjaga-jaga jika pasangan anda sudah mula menghabiskan dan membawa ke mana sahaja telefin bimbit kepunyaannya walaupun untuk seketika pergi ke tandas. Dia akan kerap menyelinap seketika untuk berbual telefon dengan alasan, mahu berbincang perihal kerja. Malah dia akan kerap tersenyum apabila membalas mesej melalui telefon.
4. Tolak Pelawaan Anda untuk Keluar Bersama
Ini juga satu titik permulaan kepada tanda pasangan anda sudah mula curang dengan anda. Dahulu, ketika mula-mula bercinta, dialah yang kerap mengajak dan memujuk anda untuk keluar bersama untuk menonton wayang, makan malam dan ingin kerap menghabiskan masa dengan anda.
Sekarang, pasangan anda pula secara tiba-tiba berubah sikapnya apabila anda ajak untuk keluar bersama, dia pula menolak mentah pelawaan anda. Malah, pelbagai alasan akan diberikan kepada anda, seperti keletihan, malas dan hanya meluangkan masa di rumah sahaja.
Baca Juga: Alasan Lelaki Curang
5. Melayari Internet Hingga Larut Malam
Ia salah satu tanda besar pasangan anda sudah mula bermain kayu tiga. Waktu yang pada kebiasaannya waktu normal pasangan anda akan mula beradu, kini telah menjadi waktu paling aktif baginya.
Dia akan meninggalkan tempat tidur bersama anda dengan melayari internet di ruang tamu atau mana sahaja ruang yang kosong dan ‘selamat’. Pasti ia akan berlarutan sehingga awal pagi yang membuatkan pasangan anda bangun lewat sekaligus lambat pergi ke tempat kerja.
Tanda-tanda pasangan curang boleh dikatakan klise dan selalu dilakukan oleh pasangan yang pernah curang sebelum ini. Pastikan anda dapat mengesan tanda-tanda awal pasangan anda mula curang dengan anda dan ambillah langkah yang sewajarnya.
Elakkan pergaduhan besar kerana ia akan menyebabkan kepada punca penceraian. Sesungguhnya Allah S.W.T amat membencikan kepada penceraian. Cuba duduk berbincang mengapa dia cuba beralih arah cintanya selain anda. Diharapkan segala permasalahan pada rumah tangga dapat diselesaikan dengan cara yang bijak untuk kebaikan rumahtangga dan anak-anak anda.
<< Jom kenal pasti mengenai ciri-ciri suami takut bini di sini..
No Comment