Betul Ke Makanan Laut Tidak Elok Dimakan Oleh Para Ibu Mengandung?
Semasa mengandung, para ibu bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan, tetapi yang lebih penting ialah tahu tentang apa yang dimakan.
Makanan laut mempunyai zat dan khasiatnya yang tersendiri. Namun, tidak semua makanan laut sesuai dimakan oleh ibu mengandung.Makanan ibu mengandung perlulah mempunyai kadar protein, kalori, vitamin dan karbohidrat yang cukup. Para ibu juga harus mengambil kira tentang tumbesaran bayi di dalam kandungan dan anda tidak boleh mengambil apa jua makanan dengan sewenang-wenangnya.
Makanan laut adalah salah satu jenis makanan yang mengandungi nutrisi yang cukup tinggi. Namun, sebaiknya ibu mengandung perlu berhati-hati dalam pengambilan makanan laut. Hal ini adalah kerana, tidak semua makanan laut selamat bagi ibu mengandung.
Mungkin anda pernah mendengar bahawa ikan laut merupakan sumber utama bagi omega 3 seperti DHA dan EPA yang sangat penting untuk perkembangan otak serta tumbesaran mata bayi. Ikan laut mempunyai kadar lemak yang rendah, tinggi protein, vitamin D, dan pelbagai nutrisi lain tetapi tahukah anda terdapat sesetengah ikan laut mengandungi kontaminan seperti merkuri? Kadar logam berat dalam dos yang tinggi adalah amat merbahaya kepada perkembangan otak dan sistem saraf bayi. WOM.my menyenaraikan beberapa makanan laut yang bahaya jika dimakan oleh ibu mengandung.
Ikan Yang Mempunyai Merkuri
Oleh yang demikian, ikan jenis ini tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Adalah sangat disarankan bahawa ibu mengandung harus berhenti daripada memakan ikan ini untuk beberapa bulan. Mercuri diserap oleh ikan dan dan ia memerlukan satu jangka waktu untuk mengeluarkannya secara semulajadi dari tubuh.
Merkuri tersebar ke udara melalui pencemaran. Merkuri adalah berbentuk cecair dari logam. Ketika ia meresap ke dalam air, ia akan bertukar menjadi metil merkuri. Ikan dan kerang menyerap racun merkuri ini melalui makanan mereka. Metil mercuri ini memberi kesan buruk terhadap sistem saraf bayi dan kanak-kanak.
Makanan Laut Yang Mentah
Makan makanan laut yang masih mentah dapat menyebabkan keracunan karana ia mengandungi bakteri berbahaya, virus atau parasit seperti cacing pita, toksoplasmosis dan salmonella (sejenis cacing). Keracunan makanan mungkin boleh membahayakan bayi atau mungkin juga tidak, tetapi yang pasti ia dapat membahayakan kesihatan ibu mengandung. Parasit akan mengambil kesemua nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu mengandung dan bayi. Makanan laut yang dibekukan haruslah dibekukan dengan betul atau dimasak dengan baik sebelum dimakan. Hal ini akan menghilangkan virus, parasit dan bakteri sekaligus ianya selamat untuk dimakan.
Ikan tuna biasanya mengandungi kadar merkuri yang tinggi. Albacore atau tuna putih dan tuna steak memiliki kadar merkuri yang lebih tinggi iaitu hampir tiga kali berbanding dengan tuna di dalam tin. Namun, terdapat had kadar pengambilan ikan tuna bagi ibu mengandung iaitu sebanyak 12 ons untuk tuna ringan dan 6 ons untuk albacore dalam seminggu. Had pengambilan ini tidak bagi ikan tuna di dalam tin dan juga tuna kuning serta tongkol.
Makanan Laut Yang Diolah
Ibu mengandung harus menghindari dari pengambilan natrium yang tinggi. Ini adalah kerana, ia dapat menyebabkan peningkatan tekanan darah atau pembengkakan. Makanan laut yang diolah biasanya melibatkan penambahan garam seperti pada ikan masin. Hal ini sekaligus menjadikan kandungan natrium dalam makanan menjadi sangat tinggi.
Cadangan Kadar Pengambilan Makanan Laut
Ibu mengandung boleh memakan 2 hingga 3 kali iaitu sebanyak 12 ons hingga 340 gram ikan dan kerang dalam masa seminggu. Berbagai jenis ikan dan kerang boleh dicampur seperti tuna di dalam tin, udang, ikan trout, herring, ikan teri, char, hake, mullet, haddock, ikan sungai, cod, nila, kerang, tiram, udang lipan, sardin, ikan putih dan salmon yang rendah kadar merkuri.
Bagaimana pula dengan makanan laut yang selamat buat ibu mengandung?
Kerang dan juga udang perlu dibersihkan dan dimasak supaya selamat untuk dimakan oleh ibu mengandung. Kerang adalah sumber protein dan omega 3 yang boleh membantu perkembangan bayi terutama otak, sistem saraf dan mata. Ibu mengandung boleh mencuba membuat masakan bertumis menggunakan makanan laut sebagai cara untuk memakan makanan laut. Anda juga harus berhati-hati dalam pengambilan kerang kerana ia mengandungi beberapa bahan tercemar seperti PCB (polychlorinated biphenyls), dioxin, dan pestisida.
Ikan Salai
Makanan laut seperti ikan salai kaya dengan nutrisi yang diperlukan ketika mengandung. Ia mengandungi vitamin A dan vitamin D serta protein. Vitamin A dan vitamin D ini terdapat dalam minyak hati ikan. Ia juga salah satu sumber yang kaya dengan vitamin B kompleks terutamanya B6 dan B12. Ikan salai adalah selamat dimakan ketika mengandung jika ikan tersebut tidak mentah. Parasit akan mati ketika ikan disalai.
Anda harus ingat bahawa terdapat sesetengah makanan laut mengandungi bakteri listeria kerana ia dapat menyebabkan listeriosis di mana ia adalah suatu keadaan yang berbahaya ketika mengandung. Penyakit ini dapat menyebabkan keguguran dan komplikasi lain yang berhubungan dengan kehamilan.
Ikan Berminyak
Ikan berminyak seperti herring, pilchards, makarel, sarden dan salmon merupakan sumber lemak esensial yang diperlukan untuk ibu mengandung. Ia adalah sumber yang baik dari pelbagai jenis vitamin penting seperti kalsium, nutrisi dan omega 3 yang amat diperlukan untuk perkembangan bayi dan ibu. Antara ikan jenis berminyak ialah pilcards, tuna segar, belut, salmon, herring, makarel, trout, sarden, kippers, ikan teri dan ikan masin.
Sushi
Sushi mungkin selamat untuk dimakan. Sushi diperbuat dari ikan yang dibekukan terlebih dahulu. Membekukan ikan dapat membunuh parasit seperti cacing pita. Ikan mentah yang digunakan untuk membuat sushi harus dibekukan dalam suhu kurang dari 20 darjah Celsius dan dalam waktu kurang daripada 24 jam. Penggunaan ikan segar untuk sushi adalah berisiko ketika mengandung. Sushi yang diperbuat dari ikan salmon salai tidak perlu dibekukan, kerana asap akan membunuh parasit pada ikan.
Lain-lain
Minyak ikan kaya dengan omega 3 yang juga membantu wanita ketika kehamilan. Hal ini adalah kerana minyak ikan dapat mengurangkan risiko berbagai komplikasi seperti persalinan awal, tekanan darah tinggi dan keguguran.
Semoga perkongsian ini amat berguna buat para ibu semua.
Kredit foto: 4.bp.blogspot.com/-
<< Ketahui kepentingan bantal ibu mengandung atau maternity pillows di sini.
No Comment