FamiliPermata Hati

8 Cara Mudah Membersihkan Botol Susu Bayi

Botol Susu Bayi - woman online magazine

Kredit : melindacare

Ketika anda membersihkan botol susu bayi, pastikan bahawa sisa-sisa susu tersebut hilang.Botol susu perlu segera dibersihkan setelah digunakan agar sisa-sisa susu tidak membusuk dan menjadi sarang kuman.

Berikut cara membersihkan botol susu bayi supaya kelengkapan tersebut sentiasa bersih dan terawat.

  1. Tanggalkan semua bahagian botol susu bayi anda. Tuangkan cecair pembersih khas secukupnya ke dalam botol dan bahagian-bahagian lain. Kemudian tuangkan sedikit air untuk memudahkan proses pembersihan tersebut.
  2. Bersihkan bahagian bawah atau dasar botol dengan menggunakan berus khas. Ada pelbagai jenis berus untuk membersihkan botol susu bayi, dan anda disarankan memilih yang berbulu lembut seperti berus gigi dan bulunya tidak mudah tercabut. Lakukan gerakan memutar untuk membersihkan dasar botol susu bayi anda itu.
  3. Bersihkan juga bahagian tepi dalam botol dengan menggerakkan berus naik dan turun dan menyentuh dinding botol susu bayi tersebut.
  4. Kemudian, bersihkan bahagian bibir botol. Gunakan berus kecil supaya dapat memasuki di setiap celahan penutup botol susu bayi anda itu.
  5. Bersihkan pergelangan puting. Gunakan berus kecil untuk bahagian tersebut. Perhatikan setiap lekuknya atau gelungannya yang mungkin masih dilekati oleh sisa-sisa susu.
  6. Untuk membersihkan penutup botol susu bayi anda, memadai jika anda menggosoknya dengan menggunakan tangan atau span pembersih.
  7. Kemudian bilas ke semua bahagian botol dengan air yang mengalir. Jangan membilasnya dengan merendam dalam bekas berisi air kerana ia boleh menyebabkan sisa-sisa kotoran yang sudah terlepas kembali melekat pada botol susu bayi anda.
  8. Setelah botol dibilas sampai bersih, biarkan botol susu bayi anda itu kering sepenuhnya sebelum anda memasangnya atau menggunakan kembali botol tersebut.

<< Ketahui jenis makanan yang boleh buat bayi anda cepat gemuk di sini.

Previous post

Semak 7 Petanda Anda Telah Terkena Penyakit Anemia

Next post

Ketahui 6 Khasiat Minyak Jojoba Untuk Kecantikan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *