FamiliPerkahwinan

Ada Sebab Mengapa Anda Perlu Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Kahwin

pemeriksaan kesihatan -woman online magazine

Kredit : kupon

Perlu ke buat pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan?Pertanyaan tersebut sering ditemukan pada pasangan yang akan menikah.Sungguh pun begitu, mereka ini sebenarnya sangat bimbang. Apatah lagi, setelah melakukan pemeriksaan kesihatan, ternyata salah seorang daripada mereka mengidap suatu penyakit.

Pemeriksaan kesihatan pra-nikah sangat penting agar kedua belah pihak dapat mengetahui adanya penyakit atau hal lainnya terlebih dahulu daripada mengetahuinya setelah bertahun-tahun berkahwin dan memiliki keturunan.Pemeriksaan kesihatan dapat kita lakukan membuat ‘general check up’.

Pemeriksaan ini dimulakan dengan pertanyaan tentang sejarah kesihatan anda. Pemeriksaan di makmal meliputi pemeriksaan darah, ujian air kencing, kotoran, gula darah dan sebagainya. Kedua pasangan juga mungkin akan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor akan menentukan pemeriksaan apa yang diperlukan.

Umumnya, pemeriksaan kesihatan pra-nikah meliputi pemeriksaan golongan darah, faktor ‘rhesus’, dan adanya penyakit menular seperti TBC, penyakit kelamin ataupun penyakit keturunan seperti diabetes(kencing manis) dan sebagainya. Di samping itu juga ada pemeriksaan khusus bagi calon mempelai lelaki iaitu pemeriksaan kualiti spermanya. Juga bagi pengantin perempuan dilakukan pemeriksaan kesihatan reproduksinya tentang kitaran dan pola menstruasi.

Pasangan lelaki dan perempuan tidak galakkan untuk berkahwin apabila:

* Ada pertalian darah atau keluarga dekat.

* Keduanya menderita diabetes (kencing manis) kerana anaknya akan menderita ‘hiper diabetes’.

* Keduanya, menderita epilepsi dan asma.

* ‘Rhesus’ darahnya bertentangan. Sebaik-baiknya sama-sama negatif atau positif. Apabila ibunya ‘rhesus’ negatif dan ayahnya ‘rhesus’ positif, maka pada saat hamil, anaknya dengan darah ‘rhesus’ positif yang diperoleh dari ayahnya, maka darah ibunya akan membentuk antibodi masuk ke darah janin dan merosakkan sel-sel darahnya. Anak pertama biasanya lahir sihat. Namun, anak-anak yang lahir berikutnya mungkin dapat mengalami kerosakan otak atau mati saat lahir atau menderita penyakit kuning yang sangat berat.

Pemeriksaan pra-nikah bukan ditujukan untuk membatalkan perkahwinan kerana dengan kemajuan dunia perubatan hari ini sudah pastilah setiap penyakit yang ada mempunyai jalan keluar. Apa pun hasil dari pemeriksaan kesihatan tersebut akan membuatkan pasangan mengetahui kesihatannya sendiri yang bermanfaat dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.

<< Ketahui 7 cara atasi stress rumahtangga di sini.

 

 

Previous post

Kita Boleh Mendapat Kanser Dengan Mencukur Bulu Ketiak?

Next post

Resepi Makaroni Cheese

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *