AsmaraFamili

5 Manfaat Melakukan Hubungan Seks Ketika Mengandung

Seks ketika mengandung - woman online magazine

Kredit Foto : huffpost

Seks Ketika Mengandung. Selamat ke, melakukan hubungan seks ketika mengandung? Tak bahaya ke?

Melakukan hubungan seks adalah bahagian penting dalam kehidupan pasangan yang sudah berkahwin.Tetapi, macam mana jika si isteri sedang mengandung? Sebenarnya mengandung bukanlah batu penghalang untuk anda dan suami melakukan hubungan seks. Anda tetap boleh melakukan hubungan seks ketika mengandung asalkan tepat memilih posisinya agar anda dan suami sama-sama berasa selesa dan dapat melayari bahtera kenikmatan itu dengan indah.

Melakukan hubungan seks ketika mengandung juga bermanfaat, namun perlu sesuai dengan laporan kehamilan yang sihat dan kuat daripada doktor anda.Melakukan hubungan seks ketika mengandung boleh dilakukan semenjak trimester pertama sampai ketiga,bergantung kepada keselesaan anda dan suami.

 

Baca Juga: Penyebab Nafsu Seks Menurun

 

Keselesaan melakukan hubungan seks ketika mengandung sangat bervariasi dan bergantung kepada individu itu sendiri. Biasanya wanita mungkin berasa tidak selesa untuk melakukan hubungan tersebut di awal kehamilan. Namun, sebahagian wanita lain mungkin tidak merasakannya, tetapi akan berasa tidak selesa untuk melakukan hubungan seks tersebut pada trimester terakhir kerana perutnya semakin membesar.

 

Berikut beberapa manfaat yang boleh dimiliki apabila anda melakukan hubungan seks ketika mengandung:

  1. Menambahkan Lagi Kemesraan

Melaukan hubungan seks ini bukan hanya memenuhi keperluan biologi, bahkan juga dapat menambahkan lagi kemesraan pasangan.Ini adalah kerana ketika mengandung kebanyakan wanita lebih cenderung menumpukan perhatiannya pada janin di dalam kandungan sehingga boleh mengabaikan kemesraan dan perhatian terhadap pasangan.

 

  1. Sebagai ‘Analgesic’

‘Analgesic’ adalah istilah yang digunakan untuk mewakili sekumpulan ubat yang digunakan sebagai penahan rasa sakit. Aktiviti seks dengan pasangan akan meningkatkan hormon bahagia iaitu endorfin. Hormon inilah yang dapat mengurangkan rasa sakit sehingga berfungsi sebagai ‘analgesic’.

 

  1. Melancarkan Perjalanan Darah

Melakukan hubungan seks boleh menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin dan meningkatkan denyutan jantung sehingga melancarkan perjalanan darah  seperti ketika anda sedang bersenam.Perjalanan darah yang lancar dapat menyokong oksigen ke seluruh tubuh, termasuk janin dalam kandungan.

 

  1. Membakar Lemak

Aktiviti seks sememangnya dapat membakar lemak pada tubuh, sama juga jika ia dilakukan ketika mengandung. Ini bermakna melakukan hubungan seks ketika mengandung dapat membantu menjaga berat badan yang berlebihan semasa mengandung.

 

  1. Menghaluskan Kulit

Melakukan hubungan seks ketika mengandung juga dapat membuatkan kulit anda menjadi halus.Ini adalah kerana ia membantu meningkatkan hormon estrogen yang dapat menghaluskan kulit.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui bahaya jika lakukan seks ketika haid di sini.

 

Previous post

6 Petua Merawat Demam Selsema

Next post

Resepi Murtabak Maggi Lazat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *