Ada Apa?BuletinFamili

Calon PLKN, Jom Buat Semakan PLKN 2015

semakan plkn 2015 - women online magazine

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Adakah anak anda merupakan calon PLKN? Sila semak status PLKN 2015 dengan ikuti lanjut artikel ini.

Women Online Magazine (WOM.my) mahu berkongsi maklumat penting kepada ibu bapa yang mempunyai anak dan bakal menyertai Latihan Khidmat Negara PLKN 2015.

Untuk pengetahuan anda, semakan untuk Calon PLKN 2015 telah dibuka sejak bulan Ogos lagi.

Kaedah untuk semakan ini, anda boleh dapatkan menerusi kaedah pautan menerusi Laman Khidmat Negara dan juga SMS. Bagi mendapatkan cara semakan untuk Calon PLKN 2015 sila rujuk maklumat di bawah:

1) Melalui Sistem Online Khidmat Negara.

– Anda boleh layari Laman Khidmat Negara dan pergi ke bahagian semakan pelatih terpilih. Masukkan IC anda dan dapatkan maklumat anda di sana.

Sila layari laman sesawang mereka di http://informasi.khidmatnegara.gov.my/perkhidmatan/semakan-pelatih-terpilih/

2) Semakan Melalui Kaedah SMS

– SMS PLKN SEMAK [No KP anda] DAN Hantar ke 15888. Setiap SMS yang di hantar akan dicaj sebanyak RM 0.15. , manakala setiap sms yang anda bakal terima akan dicaj Sebanyak RM 0.20.

3) Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PLKN di nombor 03-40274747 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Para bakal pelatih di nasihatkan untuk terus mengikuti laman sesawang PLKN kerana jika anda tergolong dalam kumpulan 1 untuk tahun 2015, semakan penempatan untuk pelatih PLKN 2015 mungkin akan dikeluarkan pada Disember 2014.

Semoga anak anda telah bersedia dan berasa seronok kerana telah terpilih untuk menyertai Latihan Khidmat Negara ini.

<< Pasti banyak cabaran untuk menjadi ibu bapa ini, maka anak-anak kenanglah jasa ibu bapa anda semoga hidup anda di berkati. Klik untuk baca..

Previous post

Perodua Axia, Betul-Betul Jimat Minyak!

Next post

Taman Minimalis, Cukup Untuk Kediaman Yang Tak Luas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *