Cuba Praktik 4 Senaman Mudahkan Bersalin
Kredit Foto: usnews
Senaman Mudahkan Bersalin. Persediaan yang sewajarnya perlu dilakukan untuk memudahkan proses bersalin nanti.Antara caranya adalah melakukan senaman mudah bersalin.
Anda boleh mengamalkan senaman mudah ini semasa bulan akhir kehamilan dalam menyiapkan diri anda untuk proses bersalin.
Senaman Mudahkan Bersalin
Senaman mudah bersalin ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja. Senaman ini baik adalah baik untuk otot vagina supaya lebih kenyal,maka otot bolehlah mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran bayi nanti.
Antara kebaikan lain senaman mudah bersalin ini adalah ia bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan juga untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Cara untuk melakukan senaman kegel ini adalah:
- Tahan atau kemutkan bahagian sulit anda seperti anda sedang menahan daripada buang air kecil.
- Kira sampai 10 atau 10 saat dan kemudianya lepaskan.
- Ulangkan sekerap mungkin setiap hari.
- ‘Tailor Sitting’
Kebaikan posisi ini ialah ia dapat meregangkan otot di paha dan pelvis,membaiki postur badan,melembutkan sendi pelvic dan juga memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Cara senaman ini adalah:
- Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
- Temukan tapak kaki dan pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan merasa regangan pada bahagian dalam paha.
- Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandarkan badan anda pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal.
- Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai
Baca Juga: Senaman Mengetatkan Faraj
- Pelvic rock’
Senaman mudah bersalin yang seterusnya mempunyai kebaikan meregangkan otot-otot di bahagian bawah dan juga mengurangkan sakit belakang. Kaedah senaman mudah bersalin ini adalah seperti berikut:
- Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Pastikan perut dan belakang anda rata ketika keadaan ini.
- Naikkan perut dan belakang anda. Tunggu beberapa saat.
- Rehatkan perut anda semula dengan meratakan kembali kedudukan perut dan belakang anda.
- Ulang beberapa kali senaman ini.
- ‘Wall slide’
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Anda bolehlah mencuba senaman mudah bersalin ini sebagai latihan. Cara senaman ‘wall slide’ ini adalah :
- Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
- Kangkangkan sedikit kaki dengan anggaran jarak bahu anda.
- Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
- Naik ke atas semula.
- Ulangi senaman ini sekurang-kurangnya 10 kali.
- Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa menggunakan dinding.
Baca Juga: Kuasa Alat Sulit Wanita
Teknik Pernafasan Semasa Nak Bersalin
‘Early Labour Breathing’
Teknik pernafasan ini dilakukan ketika sakit bersalin itu mula dirasai. Anda bolehlah mengamalkan teknik ini dengan menarik nafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut. Hembuskan nafas dengan masa yang lebih panjang.
‘Active Stage Breathing’
Teknik ini pula dilakukan ketika contraction semakin sakit dan kerap dirasai. Ketika ini,mulakan bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Apabila contraction hilang atau sakit berulang-ulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu,ambil nafas panjang melalui hidung dan lepaskan melalui mulut.
Second Stage Breathing
Akhir sekali,teknik ini dilakukan ketika kepala bayi sudah berada di laluan bukaan. Caranya adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut dan tahan nafas tersebut. Ini adalah kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung.
Kemudian,dekatkan dagu ke dada dan teran sambil melepaskan nafas secara perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tidak tersekat dan betul-betul keluar. Terankan tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula.
Info Ekstra!
Surah Amalan
Surah Yaasin: Untuk ketenangan hati dan juga supaya anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah: Membersihkan jiwa.
Surah An-Nahl: Melahirkan anak yang berdisiplin.
Surah Al-Fatihah: Terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam: Memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman: Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf: Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati.
<<Ketahui punca bayi anda kerap menangis di sini
No Comment