FamiliPermata Hati

Perkembangan Bayi 8 Bulan

perkembangan bayi 8 bulan - women online magazine

Kredit Foto: sheknows

Perkembangan Bayi 8 Bulan. Kini, buah hati anda sudah memasuki usia 8 bulan. Anda dan pasangan pasti teruja melihatnya!

WOM.my kali ini membawa anda mengenali perkembangan bayi berusia 8 bulan. Dengan mengetahuinya dengan baik tentunya akan membuatkan anda dan pasangan lebih memahami dan memberikan sokongan kuat kepada si manja anda.

Perkembangan Bayi 8 Bulan:

1. Merangkak,duduk dan berdiri

Saat ini, si manja sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya. Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot.

Malah, jika anda dirikannya di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung. Kemampuan ini memerlukan kaki yang kuat.

Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah supaya tidak jatuh terkena bayi dan juga menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.

 

Baca Juga: Tiga Resepi Makanan Bayi 

 

2. Menggunakan tangan

Kini, bayi anda  mahir menggunakan jari jemarinya untuk memegang sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, Bahkan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia akan mula menggunakan jarinya untuk menekan-nekan bahagian tertentu pada mainannya dan akan terus menyelidiki ruang kecil dengan jari-jemarinya.

 

3. Sifat semakin emosional

Ketika ini bayi anda akan menunjukkan emosinya. Contohnya, jika anda memberi ciuman kepada bayi lain mungkin dia akan cemburu lalu menangis dan mungkin juga akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan.

 

4. Kebimbangan apabila berpisah

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan ada yang tidak. Ia bergantung kepada pembawaan mereka. Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Malah apabila berhadapan dengan orang asing pastinya si manja akan menangis.

Sewaktu anda ingin meninggalkannya, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan menyakinkan dia.

Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya dengan cara memeluknya sambil membaca, dan menyanyi dengan lembut bersamanya.

 

5. Mengeksplorasi objek

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Namun, ketahuilah bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini. Sebaliknya dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.

Pada umur 8 bulan ini juga,bayi anda mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari.

 

6. Penglihatan yang semakin baik

Penglihatan si manja anda ketika ini sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik. Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Namun, penglihatan jarak dekatnya lebih baik daripada penglihatan jarak jauh.

 

7. Makanan untuk bayi 8 bulan

Pada umur 8 bulan,bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Pada mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk. Inilah saatnya untuk memberi si manja anda makan biskut jejari!

Selain itu,bayi anda  juga akan terus memasukkan semua benda ke dalam mulutnya. Ini menunjukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan dietnya.

Antara makanan yang boleh diberikan kepada si manja anda ketika usia ini adalah:

Inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari seperti:

  • Pisang dalam potongan kecil atau lobak merah yang lembut dimasak .
  • Jejari roti yang tidak bergaram.
  • Epal tanpa kulit yang dipotong kecil.
  • Biskut beras yang kecil.

Dengan cara ini, bayi dapat berlatih untuk makan sendiri tanpa bantuan anda. Jangan beri bayi anda biskut yang manis jika anda tidak mahu si manja anda membina tabiat mahukan snek manis.

 

Baca Juga: Jenis Makanan Bayi

 

Selain itu,cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya. Pastikan sudu yang diberikan tidak tajam dan selamat.

Pada umur 8 bulan ini juga,si manja anda juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan. Oleh itu,sertakan juga makanan lecek dan juga puri yang lumat. Contoh makanan yang boleh anda berikan juga adalah:

  • Pasta pelbagai bentuk.
  • Roti-roti (bukan yang berbiji atau berbijian penuh untuk mengelakkan risiko tercekik).
  • Daging, ikan dan ayam yang dimasak sehingga lembut.
  • Sayur-sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam.

 

Info Ekstra!

Mainan Untuk Bayi 8 Bulan

Pastinya sebagai ibu bapa anda tertanya-tanya mainan yang sesuai untuk bayi anda yang berusia 8 bulan.Alat mainan adalah penting untuk membantu perkembangan tumbesaran si manja anda.Keadaan ini disebabkan perkembangan awal kanak-kanak dipengaruhi perkara yang berlaku di sekeliling mereka kerana kanak-kanak belajar daripada apa yang dilihat, dipegang, dirasa dan sebagainya.

Anda boleh la menyediakan blok yang berwarna terang, dan gunakan blok ini untuk mengembangkan kosa kata bayi anda dengan menerangkan aktiviti yang dilakukan seperti menyebut pelbagai warna blok, bentuk, saiz, gambar-gambar yang terdapat pada blok, nombor dan sebagainya.

 

Baca Juga: Mengubati Bayi Selesema

 

Selain dari itu, blok ini juga boleh digunakan untuk merangsang perkembangan fizikal. Letakkan blok yang berwarna-warni jauh sedikit dari bayi dan biarkan bayi merangkak untuk mendapatkan blok-blok tersebut. Ibubapa juga boleh membina sesuatu dari blog dan membiarkan bayi meruntuhkan binaan tersebut.

Sebagai ibu bapa anda seharusnya mengawasi perkembangan anak anda supaya membesar dengan normal seperti kanak-kanak yang lain. Bimbing dan curahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada permata hati anda.

 

Nota Kaki: SHARE ya!

<< Ketahui ragam isteri yang perlu para suami tahu di sini.

 

Previous post

6 Punca Utama Perut Anda Buncit!

Next post

Mesti Cuba! Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas Manis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *