AsmaraFamiliSuami Isteri

5 Cara Agar Suami Tahan Lama Di Ranjang

Tahan Lama Di Ranjang - women online magazine (2)

Kredit Foto: megahdwall

Tahan Lama Di Ranjang. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, “tahan lama” ketika berasmara sering diharapkan oleh anda dan suami.

Namun, semua itu tidak selalunya tercapai kerana adakalanya seorang lelaki mengalami ejakulasi yang terlalu cepat atau ejakulasi semulajadi. Ada beberapa fakta yang menyebabkan seseorang lelaki itu tidak tahan lama di ranjang. Menurut satu sumber kajian, rata-rata lelaki dikatakan hanya mampu bertahan sehingga dua minit sahaja ketika melakukan hubungan seks.

Manakala seorang wanita pula memerlukan waktu yang lebih lama untuk mencapai orgasme, iaitu sekitar 10 hingga 20 minit. Memang tak oklah kan, jika si suami cepat sangat ‘game over’, sedangkan anda masih lagi terkulat-kulat mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada itu.

 

Baca Juga: Kesuburan Lelaki

 

Apa yang perlu para suami lakukan untuk menangani masalah ini? Jangan dibiarkan ok, kerana pada zaman sekarang adalah zaman di mana para wanita tetap menuntut perkara yang sama dalam seks.Kini wanita tidak lagi menganggap seks sebagai kewajipan melayan suami sahaja, sebaliknya mereka juga inginkan kepuasan sebagaimana lelaki.

Tips Tahan Lama Buat Lelaki Yang Cepat Ejakulasi

Ada beberapa cara yang boleh dipilih oleh lelaki agar tahan lama di ranjang. Contohnya dengan pengambilan pil anti ejakulasi semulajadi ataupun menggunakan teknik-teknik lain yang terbukti mampu meningkatkan daya tahan untuk mencegah orgasme terjadi.

 

Jom baca apa yang diperkatakan oleh majalah online Hello Beautiful berkenaan hal ini.

Beberapa trik  atau cara tersebut mungkin boleh anda dan suami praktik untuk mengatasi masalah kurang ‘tahan lama’ di ranjang.

1.Saat ‘Pemanasan’

Seks tanpa ‘pemanasan’ atau ‘foreplay’ adalah seks yang bergelora dan berorentasi pada orgasme. Biasanya pasangan yang baru berkahwin dan tanpa pengalaman selalu berasmara tanpa ‘pemanasan’. Ini adalah kerana tujuannya cuma satu, iaitu mahu melunaskan hajat seksual secepat mungkin.

 

2. Gunakan Teknik ‘Stop-Start’

Anda boleh melakukan teknik ini sendiri ataupun bersama isteri. Caranya, lakukan seperti anda sedang melakukan onani. Urut dengan perlahan penis anda sehingga mengalami ereksi yang keras. Dalam proses ini, jangan libatkan imaginasi ataupun memikirkan perkara-perkara yang erotik. Memadai mengurut penis sehingga anda ereksi.

Ketika menjelang ejakulasi, hentikan perbuatan tersebut. Tunggu beberapa saat, sehingga perasaan orgasme itu hilang dan kemudian ulanginya kembali. Lakukannya sehingga anda betul-betul tidak mampu lagi untuk menahan gelora ejakulasi tersebut.

 

Baca Juga: Cara Menaikkan Nafsu Perempuan

 

Selain itu, anda juga boleh meminta isteri anda mengurut alat sulit anda. Tentu sahaja rangsangan nikmat yang anda rasakan lebih hebat dan membuatkan anda menjadi lebih cepat untuk orgasme. Mintalah isteri anda  berhenti ketika anda berejakulasi. Kemudian, lakukannya kembali setelah perasan tersebut hilang.

 

3.Senaman Kagel

Bukan hanya wanita mengandung atau hamil sahaja yang boleh melakukan senaman kagel, kaum lelaki pun memerlukan senaman jenis ini. Tujuannya adalah untuk menguatkan otot-otot yang berfungsi untuk mengendalikan proses ejakulasi dan orgasme. Senaman kagel untuk lelaki dilakukan dengan cara menggerak-gerakkan penis sendiri tanpa bantuan tangan.

Prosesnya tak ubah seperti ketika anda mahu menghentikan aliran urine ketika anda membuang air kecil. Senaman kagel ini perlu dilakkan pada setiap hari, tak kira di mana pun anda berada. Paling kurang, 10-15 kali setiap hari. Senaman kagel yang dilakukan secara rutin akan membuatkan para suami tahan lama di rajang.

 

4. Tukar Posisi Seks

Posisi seks tertentu boleh meransang atau membuatkan para suami tidak boleh bertahan untuk lebih lama di ranjang. Hindari posisi tersebut dan tukarlah dengan posisi seks lain yang tidak begitu merangsang sistem sarafnya. Posisi seks yang dominan, ialah ‘doggy style’ dan ‘missionaris’.

Posisi ini membuatkan lelaki berada dalam posisi yang dominan selama berasmara yang menyebabkan dirinya menjadi terlalu terangsang dan cepat ‘game over’. Posisi terbaik supaya tahan lama adalah ‘woman on top’ atau wanita di atas. Dengan posisi santai dan tidak dominan akan membuatkan suami yang mengalami masalah tersebut boleh fokus ke perkara lain selain seks dan membuatkannya tahan lama di ranjang.

 

Baca Juga: Sperma Yang Sihat

 

5. Cari Suasana Baru

Salah satu cara yang boleh anda pilih ialah dengan mencari lokasi yang tidak biasa. Misalnya, melakukan hubungan seks di atas kerusi atau meja yang selama ini anda dan pasangan hanya berasmara di bilik tidur sahaja. Carilah suasana baru yang menyenangkan dan membuatkan anda dan pasangan menjadi lebih ‘cool’ dan terus menikmati saat manis itu.  Cara ini terbukti dapat membantu lelaki yang menderita ejakulasi semulajadi menjadi lebih tahan lama di ranjang.

 

Nota Kaki: Jika suka artikel ini, anda boleh SHARE ya!

 << Ingin tahu rahsia ‘panaskan' kembali hubungan seks anda suami isteri? Baca di link ini.

 

Previous post

4 Petua Paling Mudah Untuk Tegangkan Kulit Muka

Next post

Ketahui Cara Tanam Serai Yang Betul

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *