FamiliPermata Hati

Tanda & Umur Yang Sepatutnya Bayi Anda Tumbuh Gigi

Umur Bayi Tumbuh Gigi - Women Online Magazine

Foto: media1.popsugar

Pertumbuhan gigi pertama buat pertama kalinya pada bayi selalunya tidak sama. Ada yang cepat, ada pula yang agak lama.Biasanya bayi mula tumbuh gigi ketika berusia 6-7 bulan, ditandai dengan pembengkakan pada gusi bawah.

Sebahagian bayi akan berasa tidak selesa, meragam ataupun sakit kerana pembengkakan ini. Bahkan, ada diantara bayi yang demam. Rasa sakit ini  sering dirasakan oleh bayi pada waktu petang. Adakalanya bayi akan menangis dan mengigit-gigit sesuatu.

Jika anak sudah berumur lapan bulan tetapi belum juga, ia bukanlah sesuatu yang tidak normal. Anda tidak perlu bimbang, cuma  apa yang perlu anda lakukan jika bayi anda sudah berumur lapan bulan tetapi masih belum tumbuh gigi, antaranya:

  1. Berikan mainan yang berguna ‘teether'untuk menstimulusikan pertumbuhan gigi. Sebenarnya penggunaan mainan ini disarankan sejak bayi anda berumur 5 bulan. ‘Teether' dipercayai berguna untuk mempercepatkan pertumbuhan gigi. Pilihlah ‘teether' yang diperbuat daripada bahan yang selamat.
  2. Kandungan kalsium pada susu juga sangat membantu pertumbuhan gigi bayi anda. Oleh sebab itulah, biarpun anda anda sudah melebihi 6 bulan, berikan juga susu formula sebagai tambahan (jika anda menyusui bayi).
  3. Pastikan makanan yang diberikan mengandungi kalsium seperti ikan laut dan beberapa jenis sayuran.

Kesimpulan

Secara umum, bayi tumbuh gigi pada umur 6-7 bulan, tetapi ramai juga bayi yang sudah mencecah 8 bulan tetapi masih belum tumbuh gigi. Sebagai orang tua, anda tidak perlu terlalu risau dengan keadaan tersebut selagi berat badan serta perkembangan psikologinya kelihatan normal. Bahkan, ada bayi yang baru tumbuh gigi pada umur 10 bulan dan juga 1 tahun!

Info Ekstra!

Mengatasi Bayi Demam Ketika Tumbuh Gigi

  • Gejala demam pada bayi ketika tumbuh gigi tidak terjadi kepada semua bayi. Semua ini bergantung pada sistem ketahanan tubuh bayi tersebut. Jika bayi anda demam akibat tumbuh gigi, sebagai ibu anda perlu bertenang. Demam pada bayi anda adalah sesuatu yang normal dan akan hilang sekitar satu atau dua hari.
  • Selain itu, anda juga perlu menjaga setiap makanan yang masuk ke tubuh bayi.Misalnya, bayi akan menolak untuk menyusu atau menikmati bubur nasinya, saat inilah anda perlu berusaha agar bayi anda tetap mahu menjamah makanan.
  • Jika bayi anda masih juga meragam, menangis tidak berhenti-henti dan sebagainya, anda disarankan membawa bayi anda ke doktor. Dengan cara ini, anda dan suami dapat menjalani keadaan yang lebih tenang, bahkan dengan nasihat doktor juga ia akan tahu apa sebaiknya dilakukan kepada bayi untuk membantu bayi anda yang demam dalam proses pertumbuhan gigi ini.

<< Ketahui punca ruam bayi dan cara untuk mengatasinya di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

Langsingkan Tubuh & Atasi Sakit Kepala Dengan Limau Kasturi

Next post

BENGKEL “MAKE ME A: TV PERSONALITY” Bersama Women Online Magazine & MYRYL

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *