DietSihat

Pasti Kurus! 11 Cara Diet Atkins

Cara Diet Atkins - Women Online Magazine

Foto: edietplans

Diet Atkins merupakan program diet yang membantu sesiapa sahaja yang ingin menurunkan berat badan. Diet atkins ini telah dipopularkan oleh oleh Dr. Robert C. Atkins, bagi membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan melalui perubahan pola makan serta gaya hidup.

Progam diet ini boleh menjadi alternatif melawan obesiti dan masalah kesihatan lain seperti hipertensi, diabetes, dan masalah jantung.

Kelebihan Diet Atkins

Jika hendak berat badan turun dengan cepat, anda harus melaparkan diri! Kenyataan ini bertentangan sama sekali dengan diet atkins. Konsep melaparkan ini tidak ada dalam diet atkins dan anda tidak perlu menderita kelaparan semata-mata untuk mencapai perat badan ideal. Dalam diet atkins, hanya pengambilan karbohidrat dan gula yang perlu dikawal kerana ia merupakan sumber kalori, yang kemudiannya akan disimpan sebagai lemak. Diet ini memberikan tumpuan terhadap pengawalan makanan tinggi karbohidrat, dan menggantikannya dengan makanan tinggi protein.

Program Diet Atkins

Program diet atkins ini dibahagikan kepada empat fasa. Fasa atau tahap tersebut dibezakan sesuai dengan jenis makanan yang harus diambil.

  1. Fasa Awal (Initial Phase)

Dalam fasa ini, kandungan karbohidrat yang boleh diambil hanya sebesar 20 g. Pengambilan sayur-sayuran termasuk daging dan ikan amat disarankan.Dari 20 g pengambilan karbohidrat, 15 g mesti diperoleh daripada sayur-sayuran. Makanan yang memiliki kandungan lemak Omega-3 perlu diambil pada fasa awal ini.

  1. Tahap Penurunan Berat Badan (Ongoing Weight Loss Phase)

Pada tahap ini, pengambilan karbohidrat boleh ditingkatkan secara bertahap.

Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan dan salad disarankan pengambilannya pada tahap ini.

  1. Tahap Pra-Perawatan (Pre-maintenance Phase)

Ini adalah fasa, di mana pengambilan karbohidrat boleh dipertingkatkan sehingga 10 g setiap hari sehinggalah anda mencapai berat badan ideal.Lobak merah, kacang-kacangan dan buah-buahan perlu diambil pada tahap ini.

  1. Tahap Pemeliharaan (Maintenance Phase)

Ini adalah tahap keempat dan terakhir daripada program diet Atkins. Ketika berada di tahap ini anda diharapkan dapat mempertahankan program diet, sama seperti anda berada di tahap ketiga.

Tips Agar Program Diet Atkins Yang Anda Buat Berjalan Lancar

  1. Makan dengan elok dan betul. Jangan ambil makanan melebihi jumlahnya.
  1. Masukkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda. Diet Atkins merupakan diet rendah karbohidrat. Sayur-sayuran boleh menjadi pengganti karbohidrat kerana ia mempunyai kandungan serat yang diperlukan untuk sistem penghadaman yang efektif.
  2. Jangan terlalu banyak makan keju. Keju boleh menyebabkan sembelit. Namun, keju dalam jumlah yang sedikir tetap diperbolehkan.
  3. Minum banyak air. Pastikan tubuh tetap terhidrasi dengan baik. Air membantu tubuh mencuci racun sekaligus mengganjal perut agar tidak mudah berasa lapar.
  4. Hindari gula dan sebarang pemanis buatan. Anda boleh menikmati makanan tersebut, namun pastikan pengambilannya dalam jumlah yang sedikit Adalah lebih baik jika ada perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  5. Cubalah makan putih telur dan hindari kuning telur. Lakukannya beberapa hari di awal program diet anda.
  6. Sertakan protein seperti daging tanpa lemak, ikan, dan telur. Pastikan bahan makanan tersebut dalam keadaan segar, tanpa bahan pengawet.
  7. Tahu perberbezaan antara makan cukup dengan makan sampai kenyang. Makan terlalu kenyang boleh membuatkan tubuh anda menjadi malas serta boleh mengganggu program diet.
  8. Bersenam secara teratur. Program diet sebaiknya disertai dengan senaman untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
  9. Kurangkan tahap stress anda. Stress dan ketegangan membuataAnda tidak menikmati segala proses sehingga membuat program diet berjalan kurang lancar.
  10. Terus motivasi diri sendiri. Jangan biarkan orang memperlekehkan impian anda. Untuk memperoleh berat badan ideal setelah menjalani diet atknis, anda harus yakin dan sentiasa memotivasikan diri anda.

<< Ketahui makanan serat tinggi yang terbaik untuk diet di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

6 Cara Mengatasi Muka Berminyak & Mekap Yang DiPakai Tahan Lebih Lama

Next post

9 Tips Tawan Hati Lelaki Pendiam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *