ProblemSihat

Cara Mudah Atasi Mata Kering Dan Pedih

mata kering - woman online magazine

Kredit : turner

Cuaca kering,pencemaran udara,cuaca dan terlalu lama menghadap komputerjuga boleh menyebabkan mata anda menjadi kering dan gatal.Selain itu,semakin tua usia seseorang, mereka semakin mudah untuk mengalami mata kering kronik,terutama pada wanita yang sudah menopause!

Mata kering adalah keadaan di mana lapisan mata tidak boleh melapisi bebola mata dengan baik. Air mata diperlukan sebagai pelindung bebola mata untuk mencegah kekeringannya.Jika air mata kering,bebola mata juga akan kering.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah mata kering.Pastikan anda membersihkan tangan terlebih dahulu bagi memastikan tangan dalam keadaan bersih ketika ia menyentuh mata.

  1. Rehatkan Mata Anda

Anda selalu duduk berjam-jam di depan komputer laptop atau handphone?Jika ya,pastikan anda mengambil sedikit waktu untuk beristirahat.Lupakan segala gajet buat seketika, terutama sebelum tidur. Sinaran dari layar skrin tersebut akan membuat air mata menguap sehingga mata terasa kering dan gatal.Untuk mengatasi sindrom mata kering,anda boleh melakukan urutan sederhana di sekitar mata. Letakkan hujung jari anda pada kelopak mata dan urutlah perlahan-lahan.

  1. Jangan Terlalu Lama Memakai Kanta Lekap

Menggunakan kanta lekap juga menjadi salah satu faktor penyebab mata kering.Jika tidak perlu untuk memakainya, segera tanggalkan kanta lekap.Berikan mata anda untuk lebih lama beristirahat.

  1. Tekap Dengan Tuala Suam

Tekap atau tuam mata menggunakan tuala yang telah direndam air suam selama 5 minit. Air suam tersebut akan membersihkan kotoran yang melekat pada kelopak dan bulu mata. Lakukannya sebelum tidur dan sebelum memulai aktiviti di pagi hari.

  1. Kedip-Kedipkan Mata

Jangan malas untuk kedip-kedipkan mata. Ia boleh mengatasi rasa penat di mata. Berkedip ini akan menghasilkan air yang dapat melembabkan serta menyegarkan kedua belah anda. Selain itu, anda boleh juga memakai ubat titis mata bagi membuatkan mata kering menjadi lebih lembab.

  1. Kebaikan Omega-3

Omega-3 terbukti dapat membantu mengurangkan peradangan di seluruh tubuh, terutama di bahagian mata. Peradangan inilah yang seringkali menjadi penyebab utama mata kering. Cuba atasi masalah mata kering dengan meningkatkan pengambilan ikan atau mengambil suplemen minyak ikan.

  1. Bersihkan Sisa-Sisa Solekan

Untuk membersihkan sisa-sisa solekan atau make-up yang ada di mata, sebaiknya campurkan air suam dengan syampu bayi.Gunakan kapas dan sapukan dengan lembut pada kelopak mata bahagian atas dan bawah. Lakukan beberapa kali hingga benar-benar bersih. Keringkan dengan cara menepuk mata menggunakan tuala yang lembut.

  1. Urutlah Mata Anda

Mengurut mata dikatakan boleh mencegah mata anda menjadi kering.

  • Gosokkan kedua belah telapak tangan untuk menghangatkannya, kemudian letakkan kedua siku anda di atas meja dan topanglah mata yang terpejam dengan tumit telapak tangan. Tariklah nafas anda dalam-dalam, kemudian terapkan tekanan ringan pada mata. Tahan sebentar kemudian lepaskan.
  • Gunakan ibu jari untuk mengurut lembut kening anda, mulakan pada kening di antara batang hidung anda itu, kemudian urutlah dengan tekanan ringan sepanjang tulang di bawah kening. Setelah selesai, buka mata anda luas-luas dan tariklah nafas dalam-dalam.

<< Ketahui vitamin yang dapat menghilangkan garis-garis halus di sekitar mata di sini.

 

Previous post

5 Makanan Ini Boleh Jadi “Ubat Kuat Seks”

Next post

Ketahui Jenis Makanan Yang Boleh Buat Bayi Anda Cepat Gemuk

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *