ProblemSihat

Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Pagi Hari

Mengantuk Di Pagi Hari - woman online magazine

Kredit : portalkesehatan

Anda Tentu Pernah Berdepan Dengan Masalah Mengantuk Di Pagi Hari, Kan? Cuba atasi dengan beberapa cara seperti di bawah.

Rasa mengantuk di pagi hari sering membuatkan kita berasa malas dan seperti mahu kembali menarik selimut!

Berikut beberapa cara menghilangkan rasa mengantuk di pagi hari yang boleh anda cuba.

 

  1. Tetapkan Masa Tidur Anda 8 Jam Sehari

Ia sangat membantu kerana masa tidur yang mencukupi membuatkan anda berasa segar pada ketika bangun tidur di pagi hari itu.

 

  1. Jauhkan Alat Elektronik Dari Anda

Ketika hendak masuk tidur,jauhkan diri daripada sebarang alat elektronik.Matikan semuanya.Tahukah anda radiasi yang ditimbulkan seperti daripada telefon bimbit boleh membuatkan anda berasa kurang tidur meskipun anda sudah puas melelapkan mata.

 

  1. Matikan Lampu

Matikan lampu di bilik anda sebelum tidur, kerana lampu boleh membuatkan anda susah untuk memejamkan mata. Selain itu, meskipun anda tertidur lelap tapi mata anda tidak beristirahat kerana cahaya lampu dapat menembus kelopak mata anda.

 

  1. Senaman Ringkas Ketika Bangun

Senaman ringan boleh anda lakukan supaya rasa mengantuk tersebut terus hilang. Anda boleh berjalan-jalan atau menonton rancangan kesukaan anda pada pagi hari. Di samping itu, ketika bangun tidur di pagi hari, anda boleh juga buat sedikit peregangan supaya otot dan urat kaki tidak kaku.

 

  1. Mandi Cepat!

Mandi dikatakan dapat membangunkan saraf-saraf anda, sehingga secara automatik rasa mengantuk anda akan hilang. Apalagi jika anda mandi dengan air sejuk, maka dapat dipastikan membuatkan mata anda melotot seketika.

<< Ketahui formula melegakan untuk menghilangkan rasa menngantuk di sini.

 

 

Previous post

Ketahui Cara Paling ‘Simple’ Mengatasi Masalah Muka Kering

Next post

‘Beat Soldier Strong’ Juara Asian Battleground 2015

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *