6 Tanda Kolesterol Tinggi
Foto: Sekadar Hiasan
Kolestrol Tinggi. Masalah kolesterol tinggi sebenarnya amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan kita mendapat penyakit jantung, strok dan sebagainya tanpa disedari.
Namun,sekiranya anda memiliki badan yang kurus, jangan ambil mudah atau pandang ringan dengan kolesterol kerana orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolestrol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka.
Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan di setiap sel dalam badan anda. la penting untuk kesihatan anda kerana ianya diperlukan oleh badan anda untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu.
Baca Juga: Tips Menjaga Kesihatan Diri
Jenis Kolesterol
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil ‘lipoprotein’. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
- Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
- Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher
- Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
- Sering berasa sakit kepala.
- Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit.
- Sakit pada dada sebelah kiri kerana pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Keadaan ini sangat bahaya kerana ia menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
Punca Kolesterol Tinggi
- Keturunan
Sekiranya ada keluarga anda yang mempunyai kolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak juga berpotensi untuk mewarisi kolesterol tinggi itu.
- Usia
Setelah usia 20, kolesterol cenderung meningkat. Golongan lelaki lebih berpotensi untuk kolesterol mudah naik setelah umur 50 tahun berbanding golongan wanita kerana selalunya kolesterol akan mudah naik selepas menopause.
Golongan yang mengamalkan makan makanan yang mempunyai lemak tepu terutamanya makanan seperti mentega, biskut, dan makanan segera lebih berpotensi untuk mendapat kolesterol tinggi.
- Berat badan berlebihan
Berat badan sangat mempengaruhi tinggi rendahnya kolesterol. Jika anda mempunyai berat badannya berlebihan, maka sebaiknya anda lebih berwaspada, kerana risiko mendapat kolesterol tinggi adalah besar.
Sekiranya anda kurang bersenam dan lebih suka untuk duduk diam tanpa melakukan aktiviti,maka amat mudah untuk anda mendapat kolesterol tinggi. Senaman yang berterusan dapat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.
- Merokok
Rokok sememangnya diketahui umummempunyai bahan kimia yang sangat berbahaya bagi kesihatan tubuh. Menurut kajian, rokok dapat meningkatkan kolesterol jahat dalam darah dan membunuh kolesterol baik.
Baca Juga: Tips Gaya Hidup Sihat
Cara Mencegah Kolesterol Tinggi
1. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran
Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran sehari untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Banyakkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.
2. Amalkan makan ikan yang kaya dengan omega 3
Ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain dapat membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Malah Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri.
3. Makan bijirin oat
Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat.
4. Makan lebih kanji dan fiber
Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral yang terbukti boleh mengurangkan kesan kolesterol.
5. Bersenam
Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol jahat. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah dan mengurangkan tekanan.
6. Turunkan berat badan
Perhatikan tubuh anda. Sekiranya bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu merupakan petanda risiko untuk mendapat penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain adalah tinggi.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui tips menurunkan kolesterol jahat di sini.
No Comment