ProblemSihat

Ketahui Bahaya Yang Menanti Anda Yang Berperut Buncit!

Bahaya Perut Buncit - woman online magazine

Kredit : detik

Adakah anda termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai perut buncit? Masalah perut buncit adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang.Perut buncit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, di antaranya berat badan yang berlebihan, wanita yang pernah melahirkan anak, kurangnya bersenam, tidak menjaga pengambilan makanan yang sihat dan sebagainya.Bahkan masalah perut buncit juga boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tak kira lelaki mahupun wanita. Boleh juga terjadi kepada orang dewasa dan kanak-kanak.

Bagi anda yang perutnya masih normal, sebaiknya jaga kesihatan tubuh anda dengan menjaga gaya hidup dan pola makan yang teratur, bersenam secara rutin adalah langkah terbaik untuk mencegah perut buncit.Manakala bagi anda yang sudah terlanjur memiliki perut buncit, segera atasi perut buncit dari sekarang dengan beberapa tips mengecilkan perut buncit yang pernah WOM.my siarkan dahulu. Jika tidak, bermakna anda harus bersiap sedia menanggung risiko atau bahaya perut buncit!Jom kenali bahaya perut buncit agar anda boleh segera mengambil langkah-langkah yang tepat untuk menghindari risiko gangguan kesihatan yang mengintai!

Berikut ini adalah beberapa bahaya memiliki perut buncit :

  1. Merosakkan Sistem Metabolisme Tubuh

Pengumpuan lemak yang terjadi di dalam tubuh menghasilkan hormon yang menghambat sistem metabolisme. Perkara ini akan mengubah ‘receptor insulin’ dalam tubuh, sehingga tubuh akan menjadi sukar untuk mengatur tahap gula darah. Perkara ini boleh menyebabkan diabetes pada seseorang yang memiliki perut buncit.

  1. Kolestrol Yang Tinggi

Lemak di bahagian perut boleh berubah menjadi asid lemak pada tubuh dan boleh menyebabkan munculnya kolestrol yang buruk.Asid lemak bebas juga boleh menyebabkan menurunnya tahap kolestrol baik dalam tubuh. Bersamaan dengan obesiti di bahagian perut dan juga kerosakan pada arteri, kolestrol buruk boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau bahkan juga stroke. Anda disarankan mendapatkan berat badan ideal dengan cara semulajadi untuk menghindari penyakit ini atau hidup dengan pola pemakanan sihat serta amalkan gaya hidup sihat.

  1. Kanser

Orang yang obesiti berisiko untuk terkena penyakit seperti kanser usus besar, kanser hempedu, kanser buah pinggang dan lain-lain lagi. Anda yang berperut buncit perlu menjaga berat badan agar tetap ideal dan stabil.

  1. Fungsi Paru-Paru Mula Menurun

Menurut para penyelidik dari Finland, perut yang terlalu besar turut berkaitrapat dengan penurunan volume dan fungsi paru-paru. Berbanding telah dibuat ke atas seorang lelaki yang tidak memiliki perut buncit, lelaki yang memiliki kelebihan lemak pada perut dikatakan menpunyai rekod buruk ketika menjalani ujian pernafasan. Jika ianya dibiarkan berterusan boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan dan menimbulkan penyakit paru-paru kronik atau asma.

  1. Penyakit Demensia dan Alzheimer

Pengumpulan lemak yang berlebihan pada perut boleh menyebbakan terjadinya beberapa penyakit yang unik seperti alzheimer. Jumlah lemak di perut dikatakan turut berkait rapat dengan penurunan volume otak, yang mana pada akhirnya boleh menyebabkan penyakit otak seperti demensia dan juga alzheimer.

Kesimpulan

Memang banyak penyakit yang disebabkan oleh perut buncit kerana penggumpulan lemak pada perut. Amalkan gaya hidup sihat dan hindari sebarang aktiviti yang boleh membuatkan perut anda semakin buncit. Menunda makan, makan sesuatu yang mengandungi gas, tidur setelah makan, jarang bersenam dan kerap mengunyah junk food juga boleh menyebabkan perut anda semakin buncit. Jadi, usahakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang berzat dan bersenam secara rutin.

<< Ketahui tips mencegah sakit belakang ketika tidur di sini.

 

Previous post

Mesti Cuba! Petua Kuruskan Badan Dengan Limau Nipis

Next post

Cara Berkesan Melembabkan Kulit Wajah Yang Kering Dan Kerap Menggelupas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *